Apa yang berlaku di Perak nampaknya semakin 'panas'. Pihak pembangkang sekali lagi menunjukkan sikap kedurhakaannya kepada institusi Raja dan Sultan . Pembangkang memang hidup atas isu. Tidak pelik mereka memilih isu ini untuk dijadikan suatu cara supaya rakyat dalam negeri Perak khususnya untuk terus mengingati mereka.
Sidang DUN bawah pokok sekali lagi menunjukkan sikap bodoh mereka yang semakin berganda. Tindakan membelakangkan Istana Perak merupakan suatu kebiadapan yang tidak berlaku semenjak negara ini ditubuhkan semenjak kita mencapai kemerdekaan. Kita tidak hairan kerana Speaker DUN Perak seorang berbangsa India. Memang mereka tiada mempunyai sikap sayang dan taat kepada Raja dan Sultan Melayu. Yang lebih pelik ialah sikap Nizar , bekas MB Perak, turut seta dalam kemelut ini. Sekali lagi kita melihat PAS telah dipengaruhi sepenuhnya oleh rancangan jahat DAP dan ini makin menampakkan keangkuhan mereka untuk menyatakan agenda 'Malaysian Malaysia' semakin menampakkan buahnya, sebab tu agaknya bersidang kat bawah pokok!
Meminjam Istilah Arab, Jahil Murakkaab! ( jahil @bodoh berganda) sesuai digunakan disini atas sikap mereka yang melampau tidak berilmu ini. Mereka lupa, kesemua yang bersidang kat bawah pokok tu dulu semasa mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak pada 2008 , bersumpah untuk menjaga dan memelihara Undang-undang Tubuh Negeri Perak malah akan menumpahkan taat setia kepada Sultan Perak. Mungkin mereka lupa untuk mengkaji kenapa dinamakan Dewan 'Undangan ' Negeri? Malah orang Islam dilarang untuk memungkiri janji! Inikah sikap ahli Parti yang dilabel dengan Islam? Sikap bodoh sombong mereka in sudah pasti akan dinilai oleh rakyat jelata, khususnya pengundi di negeri Perak.Mereka lupa masa selepas Pilihanraya 2008 yang lalu, mereka sepatutnya tidak boleh menubuhkan kerajaan kerana yang majoriti ialah UMNO dan BN yang menang banyak kerusi bertanding diatas 1 lambang iaitu BN. Pembangkang menang kerusi yang dipertandingkan atas 3 lambang yang berbeza. Justeru itu, Sultan Perak memanggil kesemua mereka untuk pengesahan adakah mereka bersatu hati atau tidak, kerana di Malaysia tiada Istilah Kerajaan Campuran seperti di Israel atau negara Barat walaupun unsur itu wujud dalam Pakatan Rakyat. Umno dan BN akur dengan tindakan Istana Perak , malah UMNO tidak menunjukkan sikap untuk menderhaka dan mempertikaikan keputusan Istana Perak pada ketika itu, jauh sekali untuk berbaring diatas jalanraya menyekat kereta Tuanku!
Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa sikap kemunafikan pembangkang dalam isu yang sama , apabila 3 wakil rakyat mereka melompat parti menjadi Bebas dan menyokong BN. Kenapa pihak Istana dijadikan mangsa dalam kes ini. Ianya umpama untuk menyembunyikan sikap JAHIL mereka. Kemudian membuat tindakan-tindakan jahil untuk menipu rakyat jelata, sebab itu mereka semua tu JAHIL MURAKKAB...
Mungkin ada benar pesan orang tua-tua dahulu ..
2 comments:
orang gila kuasa nih..
hehehe... rasanya, klu perlu umno pun sanggup bersidang bawah pokok.. cuma time ni PR terkena. akan datang... kita tengok sape yang kene....
Post a Comment