BANTUAN PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN MUDA dari Kementerian Belia & Sukan Malaysia melalui Pejabat Belia & Sukan Daerah Rompin ada ditawarkan kepada mana-mana belia mahupun beliawanis yang berumur 40 tahun ke bawah yang sedang menjalankan perniagaan kecilan mahupun sederhana ataupun projek-projek tanaman kontan di atas tanah yang sah atau di atas kebenaran pihak tertentu. Bantuan yang bernilai maksima RM3000.00 ini bolehlah dipohon dengan mengisi borang yang boleh didapati melalui Pejabat Belia & Sukan Daerah Rompin ataupun download melalui website www.kbs.gov.com.my.
Dokumen Yang Perlu Ada Untuk Permohonan.
1. Gambar pemohon berukuran paspod
2. Salinan Kad Pengenalan pemohon
3. Salinan Daftar/ Lesen Niaga milik pemohon (Wajib ada)
4. Invois belian barangan berbentuk barangan untuk pusingan perniagaan
5. Salinan Daftar/ Lesen Niaga milik pengeluar invois
6. Gambar perniagaan/ projek
Sekian untuk makluman dan tindakan semua para sahabat.
Saifulsafuan Saadan
013-7939939
Pengerusi Biro Sukan PPU Bahagian Rompin
AJK Pemuda PPU Bahagian Rompin
No comments:
Post a Comment