PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Monday, June 1, 2009

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA JK PPU ROMPIN VS PERSAK DAERAH ROMPIN






Bagi memastikan PPU Bahagian Rompin terus bergerak mendekati golongan generasi kedua khasnya, satu perlawanan bolasepak pesahabatan telah diadakan pada 30hb Mei 2009 (Sabtu) yang lalu di Padang Awam Felda Keratong 4. Perlawanan persahabatan ini adalah di antara Jawatankuasa PPU Bahagian Rompin VS PERSAK (Persatuan Anak Keratong) Daerah Rompin. Link yang berterusan di antara kedua belah pihak amat penting bagi memastikan golongan generasi kedua khasnya terus bersatu dalam era globalisasi ini agar tidak putus tali perhubungan silaturrahim. Disamping berjumpa, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan bersukan ianya juga dapat menarik minat generasi yang sama agar dapat sama-sama menyertai program tersebut. Perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh PPU Bahagian Rompin dengan jaringan 2 - 1. Menang kalah tidak penting sebenarnya, tetapi 'turut serta' tidak kira dalam apa jua program yang diadakan amat penting bagi memastikan matlamat program tercapai. Tahniah kepada kedua-dua belah pihak yang menjayakan program ini. PPU Bahagian Rompin mengucap ribuan terima kasih kepada YB Dato' Hj Hasan Bin Arifin dan YB Hj Mohd Johari Bin Hussain kerana sudi bersama-sama menyaksikan perlawanan bolasepak persahabatan ini.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan program ini.. moga boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang..

Anonymous said...

Salam Bro...
jaringan tu 2-1 ker bukan 3-1..?? tapi saya rasa kecewa sedikit kerana YB Dato'Bos kita tak dapat menjaringkan gol.Sepatutnya that friendly games is for fun rite,wins or loose is not the point.The important things is our Bos happy can score the goal and the other teams also happy to play.First half,boths team is fair but 2nd half our Team is too strong for them(PERSAK)which is unfair for them.The feedback can get from them is they are not satisfied and planning for the revenge games agains us soon with thier first Team players..This is not a good examples......

dean.hassan said...

of course la kan.. next time we all hosting u guys dekat KL pulak.. anyway.. it's good to have this kind of activity.. good luck persak.. keep on movin.. and mr. jalal, where's your photo in action.. don't see la.. :)

bERANIKAN hATI said...

Salam sdr admin blog,
sila hubungi saya di alamat email braveheartblogger@ymail.com segera bagi maklumat berkenaan pertemuan blogger pahang dalam waktu terdekat. Sila segerakan ~ bERANIKAN hATI

PKMPL said...

tahniah pemuda rompin yg aktif dan sentiasa di hati rakyat

Anonymous said...

http://persak2u.blogspot.com/