PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, December 29, 2009

GOLF PERSAHABATAN PPU ROMPIN 2009 DI MARAN HILL GOLF RESORT PADA 27HB DIS 2009 (AHAD)

DI MEJA PENDAFTARAN
AKSI-AKSI PERTANDINGAN
YB DATO' HJ TAN MOHD AMINUDDIN TURUT HADIR
DI PERTANDINGAN TERSEBUT
PENYAMPAIAN HADIAH OLEH YB AHLI PARLIMEN MARAN KEPADA PARA PEMENANG

Golf Persahabatan 2009 anjuran PPU Rompin telah diadakan dengan jayanya bertempat di Maran Hill Golf Resort. Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan yang amat menggalakkan di kalangan pemain dari PPU Bahagian seluruh Pahang. Program ini adalah merupakan progran tahunan PPU Rompin di mana di antara salah satu objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan dan idea bagaimana mahu menggerakkan program politik di kawasan masing-masing dan Pahang khasnya.


Turut sama menyertai kejohanan kali ini adalah Dato' SUSK kepada YAB MB Pahang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Sdr Abu Jimi Samat dan Kepimpinan Pemuda Bahagian-bahagian dan rakan-rakan 'golfer' daripada seluruh pahang. Cuaca yang baik turut mengizinkan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.

PPU BUAT DAFTAR PEMILIH DI KG LUBOK BATU PADA 25HB DIS 2009 (JUMAAT)

SAUDARA HAMIDUN HASSAN (KANAN) MEMPUNYAI TAULIAH
UNTUK PENDAFTARAN PEMILIH
Pada 25hb Disember 2009 (Jumaat) baru-baru ini Persatuan Belia Kampung Lubuk Batu telah mengadakan Program Perasmian Penubuhan Persatuan Belia Kampung Lubuk Batu. Banyak program diadakan di dalam program ini. Selain dari pgoram sukan dan sebagainya diselitkan juga kaunter-kaunter pendaftaran seperti kaunter perdaftaran ahli baru RELA dan PPU Rompin mengambil kesempatan ini dengan mengadakan kaunter Daftar Pemilih yang mana dikendalikan oleh Jawatankuasa PPU Bahagian Rompin.

Thursday, December 24, 2009

MAJLIS PENYERAHAN DAFTAR PEMILIH DAN PELANCARAN GERAK KERJA JALINAN RAKYAT PARLIMEN ROMPIN ANJURAN WANITA UMNO BAHAGIAN ROMPIN PADA 22HB DIS 2009

BENDERA UMNO DI KIRI KANAN JALAN MASUK KE DEWAN
ORANG RAMAI BANDAR TUN ABDUL RAZAK TANDA
SEMANGAT SAYANGKAN UMNO
KETUA WANITA UMNO PAHANG YH DATO' ROSNI ZAHARI
DUA DARI KIRI TURUT HADIR DI KANAN BELIAU
DATIN HAJJAH SHAMSIAH KETUA WANITA UMNO
BAHAGIAN ROMPIN DAN YB KP DATO' SAHFRI KIRI

URUSETIA PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM
MC YANG BERTUGAS PUAN ROSIMAH BINTI ABD RAFAR PEN.SETIAUSAHA WANITA UMNO BAHAGIAN ROMPIN (KIRI) DISEBELAHNYA YBHG DATIN HAJJAH MARIA BINTI MOHD ISMAIL PEN.BENDAHARI WANITA UMNO BAHAGIAN ROMPIN
DI ANTARA JAWATANKUASA PEMUDA BAHAGIAN DAN
KETUA CAWANGAN YANG HADIR

BARISAN KETUA PEMUDA CAWANGAN DAN
KETUA CAWANGAN YANG HADIR
KEHADIRAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN
KEHADIRAN
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN ROMPIN
YH DATO' HASAN BIN ARIFFIN HADIR BAGI MERASMIKAN
MAJLIS BAGI
PIHAK KETUA UMNO BAHAGIAN ROMPIN
TYT DATUK SERI DR HJ JAMALUDIN JARJIS
PENYERAHAN DOKUMEN DAFTAR PEMILIH OLEH
KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN ROMPIN KEPADA
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

TURUT DISELITKAN DI MAJLIS TERSEBUT IAITU
PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN DARI KERAJAAN NEGERI PAHANG
BERNILAI RM20,000 KEPADA KELUARGA 4 BERADIK
MANGSA LEMAS DI LADANG TABUNG HAJI BARU-BARU INI
JAMUAN MAKAN TENGAHARI SETELAH SELESAI MAJLIS
MAKAN TENGAHARI
Pada selasa 22hb Disember 09 di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Abdul Razak telah diadakan Majlis Penyerahan Daftar Pemilih Dan Pelancaran Gerak Kerja Jalinan Rakyat Parlimen Rompin. Majlis yang dianjurkan oleh Wanita Umno Bahagian Rompin ini dihadiri oleh semua Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan di dalam Parlimen Rompin. Turut sama hadir jawatankuasa pemuda umno dan jawatankuasa putri umno bahagian. Di antara jemputan kehormat ialah YB Dato' KP, Ketua Wanita Umno Pahang YH Dato' Rosni Zahari dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Rompin YH Dato' Hj Hasan Bin Arifin selaku perasmi majlis mewakili Ketua Umno Bahagian Rompin TYT Datuk Seri Dr Hj Jamaludin Jarjis.

Sunday, December 20, 2009

PROGRAM HARI KELUARGA ANJURAN PEMUDA DAN BELIA KG GADING, KG MENCHALI & KG PINANG PADA 19HB DIS 09 DI KG GADING

YB DATO' KETUA PEMUDA TURUT BERSAMA
HADIR MENYAKSIKAN DAN MENYEMPURNAKAN
PROGRAM TERSEBUT
YB DATO' KP BERSALAMAN DENGAN PASUKAN
FUTSAL DI PERINGKAT AKHIR
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG
Cuaca tidak menjadi penghalang bagi para pemuda & belia serta beliawanis Kampung Gading, Kampung Menchali & Kampung Pinang untuk mengadakan Program Hari Keluarga Pemuda & Belia pada 19hb DIS 2009 di Kampung Gading. Program ini seharusnya diberikan pujian kerana ianya berjaya menarik ramai para pemuda, belia serta beliawanis menyertainya. Di antara acara yang diadakan adalah seperti pertandingan sukaneka, futsal, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, karaoke dan sebagainya. YB Dato' KP turut sama hadir bagi menyempurnakan program tersebut. Program ini berakhir dengan jayanya. TAHNIAH kepada semua Jawatankuasa dan ahli keluarga Pemuda, Belia serta Beliawanis Kg Gading, Kg Menchali & Kg Pinang serta kampung-kampung lain yang berdekatan.

Thursday, December 17, 2009

TAKLIMAT UNIT MEDIA BARU ANJURAN PPU BAHAGIAN ROMPIN PADA 17HB DIS 2009 PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI CAWANGAN KERATONG

SAUDARI NOR HASIMAH BINTI MOHAMAD MORNI
PENGURUS PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI
CAWANGAN KERATONG
RUANG LEGAR UTAMA YANG DIGUNAKAN
UNTUK PROGRAM TERSEBUT
RUANG LEGAR YANG DIGUNAKAN
GOLONGAN ORANG LAMA YANG AKTIF
BLOGGER, FACEBOOK DAN SEBAGAINYA
FACEBOOK MEMBER SEDANG MENUNGGU KETIBAAN
DATO' SHAMSUDIN BIN NAWAWI
KETIBAAN DATO' SHAMSUDIN DISAMBUT DAN
DIJAMUKAN DENGAN SARAPAN PAGI
PARA PESERTA SEDANG MENIKMATI SARAPAN PAGI
DIMEJA URUSETIA PROGRAM
UCAPAN PEMBUKAAN OLEH YB DATO' SAHFRI
KETUA PPU BAHAGIAN ROMPIN
DATO' SHAMSUDIN MEMULAKAN TAKLIMATNYA
KEPADA PARA PESERTA

PARA PESERTA SEDANG MENDENGAR
TAKLIMAT YANG DIBERIKAN
TEORI DAN PRAKTKAL
MENDENGAR TAKLIMAT
FACEBOOK MEMBER
PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA DATO' SHAMSUDIN
DARIPADA PPU BAHAGIAN ROMPIN MELALUI
HJ BAKHRI TIM.PENGERUSI JKKR KERATONG 2
DATO' SHAM SEMPAT LAGI MEMBERI TUNJUK AJAR
SELEPAS TAMAT TALIMAT
MAKAN TENGAHARI SETELAH SELESAI PROGRAM
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin pada 17hb Dis 2009 bertempat di Pusat Jalurlebar Komuniti Keratong di Felda Keratong 2 telah melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan Program Taklimat Unit Media Baru (UMB) khususnya Internet, Facebook, Blogger, Myspace, YouTube dan sebagainya. Walaupun bidang pengendalian internet ini sudah lama namun apa yang ditekankan ialah fungsi penggunaanya untuk dalam apa jua hal. Apa yang menjadi tarikan program ini ialah taklimat ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada golongan pemuda, pemudi tetapi ianya juga mendapat sambutan daripada golongan tua dan pemimpin setempat. Taklimat ini disampaikan oleh Dato' Shamsudin Bin Nawawi Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Pahang. Taklimat yang disampaikan oleh YH Dato' ini benar-benar membuka minda peserta samada yang mahir mahupun baru dalam dunia facebook, blogger dan segalanya akan kaedah-kaedah, menafaat dan kesan di atas kemahiran penggunaannya. Bagi PPU Bahagian Rompin taklimat yang ringkas tapi padat ini dirasakan telah mencapai matlamat program. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir menyertai program ini.

Sunday, December 13, 2009

AL- FATIHAH , SEMOGA TERUS DIBERKATI ILAHI...


Allahyarham Arman b Md Rusoff (imam solat), Atase Pendidikan Di Kedutaan Malaysia di Jordan telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat 12 hb Disember 2009 yg lalu di Sebuah Hospital di Amman Jordan. Beliau merupakan bekas pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia pad tahun 1993 dan sempat bersama saya dan rakan-rakan lain daripada pelbagai tajaan pada waktu tersebut. Seorang yang berakhlak tinggi dan mulia. Perlantikan beliau sebagai Atase Pendidikan di Kedutaan Malaysia di Jordan umpama, sirih pulang ke gagang.
Berita pemergiannya sangat mengejutkan rakan-rakan di seluruh dunia terutama negara kita Malaysia. Jenazah Allahyarham dijangka sampai ke Tanahair pada hari Isnin 14 hb Disember 2009 dan akan dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan. Saya mewakili rakan-rakan di PPU Bahagian Rompin menyampaikan ucapan Takziah kepada isteri beliau , ustazah Suriani dan keluarga, mendokan semoga roh Allahyarham terus dilimpahi rahmat daripada Ilahi..Aminn Al--Fatihah....

Thursday, December 10, 2009

09hb DIS 2009 DI KOTA SHAHBANDAR - KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG ZIARAH KELUARGA 4 BERADIK MANGSA LEMAS DI LADANG TABUNG HAJI DEKAT KOTA BAHAGIA

KEBERANGKATAN TIBA KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
DI PADANG
AWAM KG BUKIT SEROK

KDTYM TENGKU MAHKOTA PAHANG TIBA
DI RUMAH KELUARGA MANGSA
RUMAH EN MD SHAMSURI DI KOTA SHAHBANDAR
DI LUAR RUMAH EN MD SHAMSURI
KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERSAMA
AHLI KELUARGA MANGSA (EN MD SHAMSURI BERBAJU HIJAU)
KDYTM TENGKU MAHKOTA MENITIS AIR MATA
MENGENANGKAN 4 BERADIK YANG TERKORBAN
AKIBAT TRAJEDI TERSEBUT
KDYTM TENGKU MAHKOTA MEMBERI MANDATNYA
KEPADA RAKYAT JELATA
KDYTM TENGKU MAHKOTA BERANGKAT PULANG