PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, July 31, 2010

BERSAMA MENDEKATI RAKYAT...PROGRAM ZIARAH..


Dalam usaha mendekati rakyat dalam program turun ke akar umbi..PPU Bahagian Rompin juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini..Melalui Program ziarah pesakit kronik yang bertempat di Felda Selancar 1,PPU yang diketuai oleh KP,NKP serta AJK nya telah berkesempatan menziarahi beberapa pesakit kronik dan menyampaikan sumbangan...

Program seumpama ini tentunya sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung pesakit malah yang lebih penting dapat merasai sendiri denyut nadi masyarakat sebagaimana yang selalu disebut oleh PM...DS Najib..

Sudah pasti ahli keluarga pesakit tersebut merasakan masih lagi ada masyarakat di luar sana yang prihatin dengan kesulitan yang mereka alami dan yang lebih penting menyalurkan sumbangan dan bantuan daripada PPU sendiri dan agensi kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Semoga program seumpama ini akan berterusan di seluruh pelusuk kawasan bagi membolehkan PPU tidak hanya dilihat menganjurkan program sukan sahaja tetapi mempu mengurus program berbentuk kemasyarakatan..

Sunday, July 25, 2010

MUDAHKAN KERJA....PERCEPATKAN TINDAKAN...

Dalam kesibukan sana-sini memperkatakan masih ramai pengundi muda melayu yang belum didaftarkan atau mendaftar debagai pengundi baru..maka pendekatan turun pada dalam apa juga program dikawasan untuk mendaftar pengundi baru adalah sesuatu yang paling efektif...

Tanpa perlu program besar dan hanya omongan menyalahkan sana,situ dan sini,ternyata pendekatan biar kecil tapi berbaloi telah dipraktikan oleh PPU Rompin...

Penyebaran maklumat tentang sesi kaunter Daftar SPR kepada ketua2 masyarakat dan pemimpin belia ternyata memberikan impak yang baik.Ramai yang datang untuk mendaftar.Ada juga yang telah mewakilkan kepada penjaga mereka kerana ramai di antara bakal pengundi muda ini bekerja di luar kawasan...

Program JOM-Jumpa Orang Muda yang diadakan di Felda Keratong 7 ini telah berjaya mendaftar kira-kira 150 pengundi baru..Bilangan ini mungkin bertambah dari semasa ke semasa..

Tahniah kepada Urusetia PPU Rompin dan semua yang telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sempena program JOM ini...