PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, March 30, 2010

SEPANJANG PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANJURAN BERSAMA MBFM DAN PPU CAWANGAN TUN RAZAK 4 PADA 27HB MAC 2010
















Pada 27hb Mac 2010 sabtu baru-baru ini MBFM (Majlis Belia Felda Malaysia) Cawangan Keratong 4 bersama-sama Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Tun Razak 4 telah mengadakan Pertandingan Liga Bola Sepak 9 sebelah. Di antara objektif pertandingan ini adalah untuk menyatupadukan para belia dan pemuda bagi memastikan mereka sentiasa aktif berprogram di samping menjaga kesihatan. Pertandingan ini mendapat sambutan daripada pasukan-pasukan dalam DUN Bukit Ibam amnya dan Zon Keratong A khasnya. Walaupun pertandingan ini tidak menawarkan hadiah yang besar namun alhamdulillah penyertaan dan komitmen yang diberikan ke atas pertandingan ini amat membanggakan. Terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini berakhir dengan jayanya dan objektif untuk program ini tercapai.

Friday, March 12, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PERASMIAN SURAU BARU KAMPUNG ORANG ASLI JEMERAS ROMPIN OLEH YAB MENTERI BESAR PADA 12HB MAC 2010


























Pada 12hb Mac 2010 YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Bin Hj Yaakob telah hadir ke Kampung Orang Asli Jemeras Rompin untuk merasmikan surau baru yang telah dibina. Disamping itu YAB Dato' Sri juga meraikan saudara baru masuk islam di kalangan masyarakat kampung tersebut. YAB Dato' Sri yang amat mesra rakyat juga sukacita menyampaikan sumbangan kepada saudara-saudara baru dan kepimpinan masyarakat di kampung tersebut dan juga kampung-kampung berdekatan. Turut sama hadir ke majlis tersebut ialah TYT Datuk Sri Hj Jamaludin Jarjis Duta Malaysia di Amerika Syarikat merangkap Ahli Parlimen Rompin, YB Senator Dato' Maznah Mazlan Tim. Menteri Sumber Manusia merangkap ADUN Kawasan Muadzam Shah , Ketua Pemuda Umno YB Dato' Hj Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Bukit Ibam dan juga YB Dato' Hj Mohd Johari Bin Husain ADUN Kawasan Tioman dan beberapa orang jemputan DIF-DIF kehormat yang lain.