PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, May 21, 2011

PEMUDA ROMPIN DI MARAN..TERSERLAH KEWIBAWAAN..


Tahun ini PPU Rompin telah diberikan tugas dan tanggungjawab oleh Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Pahang untuk memantau ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Maran.






Rombongan yang diketuai oeh YB Dato'KP,telah memastikan perjalanan persidangan berjalan lancar dan mengikuti perlembagaan yang telah diteAntara yang dipelajari oleh AJK yang masih baru ini adalah bagaimana menyelaras pengundian,membuat pengiraan dan memastikan eviden diselia dengan baik sehingga keputusan diumumkan..Sesungguhnya pengalaman yang didapati ini akan dibawa balik ke Rompin dan akan digunapakai mana yang elok dan dijadikan pengajaran dalam mengurus persidangan perwakilan yang bakal diadakan tidak lama lagi.Tahniah atas komitmen tinggTerimakasih juga diucapkan kepada PPU Maran yang telah memberkan kerjasama dan layanan yang sangat baik disepanjang PPU Rompin menjalankan tugasan di sana. Terimakasih dan tahniah dari kami..

Monday, May 16, 2011

JOM..JUMPA LAGI DI ZON PANTAI..PANTAI BERNAS..

Program JOM-Jumpa Orang Muda PPU diteruskan lagi untuk bertemu dan bersua muka dengan anak-anak muda melalui pendekatan santai kerana ini dilihat lebih berkesan.Bertempat di Kampung Pantai Bernas,program kali ini adalah merupakan perlawanan bolasepak persahabatan,makan malam BBQ,Karaoke santai,ramah mesra dan penyerahan borang keahlian baruYB Dato'KP yang turut sama bermain bola ternyata gembira dengan kehadiran ramai anak muda dan PPU sendiri telah menghuluekan bantuan dan sumbangan berupa set jersey,bola dan menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh PPU CawanMaklumbalas yang diterima oleh PPU mengenai program seumpama ini adalah positif kerana walau ianya diadakan dalam skala kecil tetapi ianya ternyata berkesan.Banyak program telah dicadangkan kearah memperlihat PPU bukan merupakan entiti yang lesu dan lemah.





Insyaallah program JOM ini akan diadakan pula di Sungai Puteri..Jumpa di sana..

Wednesday, May 11, 2011

JOM-JUMPA ORANG MUDA THE SIRIES..

Peluang dan ruang yang ada dimanfaat dengan mengatur secara ad-hoc untuk menemui anak-anak muda bagi mengeratkan hubungan selain ramah mesra mengetahui permasalahan yang dihadapi.


Bertempat di padang awam FELDA Keratong 2,pertemuan telah diadakan dengan pemuda dan belia daripada sekitar Gugusan Keratong.Perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan antara pasukan PPU menentang pilihan Gugusan.Semoga aktiviti seumpama ini walau dianggap tidak mega tapi dapat bertemu secara terus selain dapat menyalurkan maklumat mengenai perancangan semasa.Insyaallah program seterusnya akan diadakan di Pantai Bernas..
Mana-mana ahli pemuda dan belia yang berkelapangan dijemput hadir bersama-sama memeriahkan program yang akan kita adakan nanti.Sebarang INFORMASI akan disebarluas melalui medium ini.Harap Maklum.

Sunday, May 8, 2011

MESYUARAT BULANAN-MEMBINCANG PERSIAPAN..


Mesyuarat yang diadakan pada 07052011 itu secara fokasnya membincangkan persiapan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pelbagai persiapan aktiviti sokongan juga dirancangkan dalam usaha merakyatkan parti dikalangan ahli dan masyarakat.Antara yang dirancang termasuklah futsal piala PPU Rompin,Autoshow dan lain lain lagi.

Adalah amat diharapkan semua JK yang terlantik dapat menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin supaya apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

KP PPU Rompin juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang begitu komited dalam menjalankan tugas dan amanah walaupun terdapat segelintir yang agak perlahan dan berharap komitmen ini akan berterusan.