PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, January 30, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN UMNO DUN BUKIT IBAM PADA 29HB JAN 2010 DI WISMA JKKR FELDA KERATONG 4

YB DATO' SAHFRI BERBINCANG SESUATU DENGAN
EN GHAZALI KETUA UMNO CAWANGAN TUN RAZAK 4
(DUA DARI KANAN)
BARISAN JAWATANKUASA UMNO TUN RAZAK 4
DI ANTARA JAWATANKUASA PEMUDA YANG HADIR
PENERANGAN PERLEMBAGAAN UMNO BARU YANG DISAMPAIKAN OLEH PEN.SETIAUSAHA UMNO BAHAGIA ROMPIN
EN WAN KADRI WAN HUSIN

UCAPAN BERKAITAN ISU-ISU POLITIK SEMASA OLEH YB DATO' SAHFRI
KEHADIRAN JAWATANKUASA UMNO DALAM DUN BUKIT IBAM
29hb Jan 2010 (Jumaat) Jam 3.00 petang di Wisma JKKR Felda Keratong 4 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan UMNO Bukit Ibam. Mesyuarat ini membentangkan beberapa perkara berkaitan Akta Baru Perlembangan UMNO Malaysia dan pelan pemutihan ahli umno. Pelan pemutihan ini amat dititik beratkan kepada cawangan-cawangan memandangkan ada segelintir ahli Umno cawangan-cawangan yang belum mendaftar sebagai daftar pemilih dengan SPR. Mesyuarat ini dihadiri oleh Jawatankuasa UMNO di dalam DUN Bukit Ibam dan disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Bukit Ibam. Mesyuarat ini berakhir dengan lancar.

Monday, January 4, 2010

DEMONTRASI AMAN BANTAH ISU PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'





Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin memandang serius terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu penggunaan kalimah Allah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. PPU Rompin menegaskan seluruh muslim perlu mengetahui dan mengambil berat isu ini serta menunjukkan penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka,.

Sebagai menandakan bantahan terhadap isu ini Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin telah mengadakan satu demontrasi aman pada 3hb Januari 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Selancar 4 & 5 yang mana demontrasi ini telah disertai oleh lebih kurang 400 orang di kalangan ahli umno, belia dan pemimpin setempat.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin YB Dato’ Mohamad Sahfri Bin Ab. Aziz menyatakan di negeri Pahang telah wujud satu undang-undang yang telah berkuatkuasa dan telah mendapat perkenan KDYMM Sultan Pahang pd 15hb April 1989 yang diberi nama “Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989’. Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 13hb Mac . Dalam naskah bahasa Inggerisnya ia disebut sebagai CONTROL AND RESTRICTION OF THE PROPAGATION OF NON-ISLAMIC RELIGIONS ENACTMENT 1989.

Enakmen ini adalah berkuatkuasa bagi Negeri Pahang dan adalah digubal bertujuan untuk mengawal dan menyekat perkembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan islam di kalangan orang-orang yang menganut agama islam. Ini adalah selaras dengan “Bahawasanya Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama islam”.

Menurut Dato’ Mohamad Sahfri juga antara lainnya enakmen ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pihak yang bukan berugama islam untuk menyebar, menerbit, menghantar risalah terbitan dan lain-lain kepada orang Islam. Perbuatan itu akan menjadi kesalahan jenayah dan boleh dihukum dengan denda dan atau penjara. Sebagaimana dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 menyatakan perkataan-perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan islam : antaranya ALLAH, FIRMAN ALLAH, KA’ABAH, ULAMA, HADITH, RASUL, IBADAT, SOLAT dan beberapa perkataan lain. Begitu juga di Bahagian 2, berkaitan melarang perbahasaan-perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang-orang bukan islam seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, INSYALLAH dan sebagainya.

YB Dato’ Sahfri menyatakan Pemuda Umno Bahagian Rompin amat memandang serius akan isu ini dan mendesak agar pihak berkuasa dapat memantau gejala ini dan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang telah termaktub.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

PPU ROMPIN MENGUCAPKAN SALAM TAHUN BARU MASIHI 2010. SEMOGA TAHUN INI BAKAL MENJANJIKAN YANG TERBAIK DALAM ARENA POLITIK TANAHAIR . SEMOGA SEMANGAT UNTUK TERUS BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGERI SERTA NEGARA AKAN DITINGKATKAN. SEMOGA KITA SEMUA TERUS DIBERKATI DAN DIRAHMATI ILAHI.