PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Monday, December 26, 2011

OPERASI PENGHANTARAN BEKALAN BANJIR..

Musim tengkujuh yang berlaku sekarang ini menyebabkan sebahagian penduduk yang tinggal jauh di pedalaman telah terputus hubungan akibat air sungai yang melimpah.Keadaan ini tentunya menjadikan kehidupam mereka mengalami kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan.PPU Rompin,melalui pasukan sukarelawannya telah bersama-sama menyertai operasi penghantaran bekalan makanan yang turut sama diketuai oleh YB Ketua Pemuda sendiri.Pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi tidak mematahkan semangat malah semangat berkerjasama terus terserlah untuk memastikan bekalan makanan sampai ke lokasi iaitu di Kampung Jubau,kira-kira 40 KM jauh di dalam belantara tebal.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam operasi kali ini.Jasamu dikenang..Teruskan..

Sunday, December 4, 2011

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL..AMANAH TERLAKSANA..

Bagi pihak PPU Bahagian Rompin ingin menzahirkan rasa bangga dan terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan kepada YB Ketua Pemuda Bahagian Rompin mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri sebagai pembahas usul Agama,Pendidikan dan Sosial PAU2011.Tanggungjawab besar ini tentunya mencerminkan keupayaan YB KP untuk mencetus idea,melontar pandangan agar perhatian serius dapat diberikan terhadap apa yang dibahaskan.Ternyata amanah ini telah dapat digalas dengan baik berkat daripada perbincangan yang telah dilakukan.Tahniah kepada YB KP yang telah berjaya membuktikan keupayaan dalam memberikan input yang berkesan.Teruskan.....

Wednesday, November 30, 2011

SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN PEMUDA..

Pergerakan Pemuda Rompin ingin mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan pemuda dari seluruh negara.Jadikan pertemuan ini sebagai satu tanggungjawab yang terpikul mewakili akar umbi untuk berbincang,bertukar pandangan dan melahirkan kekuatan padu ke arah menghadapi PRU13 demi kesinambungan kuasa politik Melayu yang semakin terhakis ini.Janganlah hendaknya peluang dan ruang ini tidak digembleng semaksima mungkin untuk merancang sesuatu gelombang baru bagi menarik kembali golongan muda menyokong transformasi yang sedang dilakukan kerajaan kearah kehidupan yang lebih sejahtera di masa hadapan.Tahniah diucapkan dengan penganjuran pidato politik pemuda yang dilihat mampu melahir ramai pemimpin wibawa dan berketrampilan.Teruskan usaha transformasi pemuda.Jadikan BN PILIHAN ORANG MUDA...

Monday, November 28, 2011

OPERASI MEMUNGGAH BANTUAN DI PANGKALAN HADAPAN..


Semangat kerjasama jika dilakukan dalam apa jua keadaan pastinya akan memudahkan kerja.Begitu juga dengan komitmen PPU Rompin yang telah turun padang bersama agrnsi/jabatan kerajaan semasa operasi memunggah bekalan di pangkalan hadapan iaitu Balai Polis Muadzam Shah untuk dihantar ke penempatan orang asli nun jauh di pedalaman iaitu kira-kira 30 km dari jalan utama.PPU Rompin melalui Skuad Sukarelanya juga telah menghantar 3 kenderaan pacuan 4 roda sebagai logistik.PPU Rompin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terimakasih atas komitmen ahli PPU yang turut sama turun padang menghantar bekalan tersebut..Teruskan...

Saturday, November 26, 2011

PEMUDA PRIHATIN..MENDEKATI MASYARAKAT..


Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab,waktu yang terluang boleh digunapakai untuk turut sama turun padang menziarahi ahli masyarakat yang memerlukan perhatian dan pemantauan seperti yang berpenyakit kronik seumpamanya.Ziarah yang diatur berserta dengan sedikit sumbangan dan buah tangan diharap meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.Begitu juga dengan ahli keluarga pesakit yang kelihatan begitu gembira menerima kunjungan.Ada juga yang prihatin dengan bebanan perasaan yang mereka tanggung selama ini.Selain itu,kunjungan seumpama ini dilihat dapat mendekatkan PPU ini dengan ahli masyarakat dan mempunyai pulangan yang besar dari segi politik.Tidak perlu program mega..yang penting merasai denyut nadi rakyat..Inilah yang disebut-sebut oleh kepimpinan negara dan pemimpin parti..Teruskan..

Tuesday, November 22, 2011

PENGHARGAAN ,KEBANGGAN PPU ROMPIN..

Bagi pihak PPU Rompin,ingin mengucapkan tahniah kepada YB Ketua Pemuda yang telah terpilih untuk menyampaikan ucapan mewakili PPU Malaysia pada majlis Amanat Presiden yang diadakan di PWTC..Memang sesuatu yang membanggakan apabila PPU Rompin diberikan kepercayaan untuk mewakili suara pemuda dan golongan muda.Dengan kehadiran perwakilan seramai lebih 3.000,dewan yang penuh sesak itu gamat dengan sokongan dan tepukan gemuruh mendengar ucapan YB KP Rompin itu.Dlam program yang turut dihadiri oleh YAB Presiden serta barisan kepimpinan parti itu adalah satu pengiktirafan kepada sayap pemuda dan menyuntik semangat untuk berkerja keras memastikan jentera pemuda bergerak dengan tersusun demi memastikan kejayaan dalam PRI13 yang akan datang.Tahniah atas ucapan yang bernas dan bersemangat...TERUSKAN...

LAWATAN KE PEJABAT PPU MALAYSIA...

Bersempena dengan Program Amanat Perdana yang diadakan baru-baru ini PPU Rompin telah berkesempatan melakukan lawatan ke pejabat PPU Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana operasi sayap Pemuda dijalankan selain bersua muka dan bersemuka dengan pemimpin yang selama ini hanya dapat dilihat dari jauh.Ternyata lawatan ini sungguh bermakna kerana dapat bertemu sendiri dengan KP PPU Malaysia iaitu Sdr Khairy Jamaluddin..Sedikit sebanyak perbincangan ringkas dalan sesi pertemuan itu akan dapat memberikan panduan dan semangat kepada PPU Rompin untuk trus bekerja keras dalam memastikan pengundi muda akan terus memberikan sokongan padu kepada UMNO dalam PRU13 akan datang.Teruskan...

JOM..JUMPA ORANG MUDA..MENDEKATI PENGUNDI..

Umum mengetahui bahawa untuk mendekati golongan muda masa kini adalah melalui memahami kehendak mereka mengikut citarasa mereka.Golongan ini adalah golongan yang penting untuk menentukanjatuh bangun parti masa hadapan.Mereka juga penting sebagai penentu kemenangan calon yang bertanding semasa PRU akan datang.Tenaga mereka juga amat diperlu dalam melaksana jentera parti.Pendekatan santai untuk mendekati mereka adalah melalui program yang mereka sukai iaitu yang melibatkan acara permotoran seperti autoshow,audioshow,konvoi motorsikal dan sebagainya..Bertempat di Dataran Padang Rugbi Rompin telah diadakan pertemuan bersama mereka,majlis jamuan makan malam dan sembang santai.Acara turut disertai oleh KP PPU Rompin,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Tioman YB Kapt(B) Johari Hussain dan AJK yang lain serta NGO2 yang dijemput khas.Ternyata sambutan yang diberikan adalah amat baik dan pelbagai program akan disusun untuk masa yang akan datang..TERUSKAN..

Sunday, August 28, 2011

SEMARAK RAMADHAN...SUMBANGAN PRIHATIN..


Amalan bersedekah ketika kita mempunyai rezeki yang lebih adalah merupakan sifat yang dituntut dan terpuji.Ditambah lagi dengan menjelang Aidil Fitri terutama bagi mereka yang kehidupannya tidaklah semewah mana.PPU Bahagian Rompin mengambil inisiatif untuk mengadakan program Semarak Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan.Bersama YB KP,rombongan PPU juga turut sama mengadakan program berbuka puasa bersama masyarakat di lokasi terpilih.Semoga dengan sumbangan ini akan dapat memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan dalam menyambut Aidil Fitri.Adalah diharapkan agar lebih ramai lagi penyumbang akan tampil ke hadapan untuk menambah dana bagi tujuan menambah bilangan penerima sumbangan pada masa hadapan.Sesungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik dari yang menerima.Bagi pihak PPU Rompin juga ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada warga prihatin yang telah bermurah hati membuat sumbangan.Moga rezeki kita akan bertambah lagi..insyaallah..

Tuesday, August 16, 2011

BUBUR LAMBUK DAN KIBAR JALUR GEMILANG..

Antara program tradisi PPU apabila menjelang Ramadhan adalah menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada masyarakat sekitar.Pertama,lokasi yang dipilih adalah Bazar Ramadhan Bandar Tun Razak bagi Zon Keratong.Penyediaan bubur lambuk dijalankan secara gotong-royong di Surau Al Raudah.Sebanyak lebih kurang 1000 paket/mangkuk bubur telah disiapkan.Kali ini pengagihan bubur lambuk ini dimeriahkan lagi dengan Konvoi Jalur Gemilang yang juga mengedarkan bendera percuma kepada para pengunjung.Semoga dengan semangat kerjasama yang cuba ditonjolkan melalui bubur lambuk ini akan menjadi tradisi PPU.Walaupu hanya sekadar bubur lambuk dan bendera namun ianya memberikan makna yang begitu besar kepada kami Warga PPU.Insyaallah,kami akan teruskan program bubur lambuk Semarak Ramadhan dilain lokasi yang telah dikenalpasti..Nantikan kehadiran kami dikejiranan saudara..