PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Friday, August 10, 2012

PROGRAM BUBUR LAMBUK PPU BAGI DUN TIOMAN...

Sebagaimana biasa,apabila menjelang Ramadan salah satu acara tahunan PPU Rompin adalah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.Program bagi DUN Tioman kali ini telah diadakan di Kampung Tengah selaku tuan rumah.Sebanyak 2 periuk besar yang telah dimasukkan di dalam 1000 mangkuk kecil ini telah diedarkan di bazar Ramadan Kuala Rompin.Program ini telah diadakan secara bergotong-royong dengan kerjasama JKKK Kg Temgah.Sesungguhnya semangat kerjasama dikalangan ahli jelas terpancar melalui program seumpama ini.Rata-rata pengunjung yang menerima sumbangan kecil ini begitu gembira dan mengucapkan syabas kepada PPU atas inisiatif ini.PPU juga merakam terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.Syabas..

Monday, July 9, 2012

PROGRAM BN PILIHAN ORANG MUDA...SYABAS,,,

Pelancaran BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri Pahang telah dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Kuantan.Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Pemuda,Puteri dan telah dirasmihan oleh YAB MB.Apa yang amat menarik adalah limpahan anak muda yang datang dengan pelaksanaan program cara tersendiri iaitu duduk bersila di atas lamtai dewan tanpa kerusi.Para tetamu istimewa juga duduk bersila dan ini menjadikan keadaan lebih menarik dan santai.Dalam ucapan perasmian YAB MB mengingatkan anak-anak muda agar tidak tertipu dengan janji kosong pembangkang selain berkerja keras dalam persiapan menghdapi PRU 13 akan datang.Melihat kepada sokongan golongan muda dalam PRK yang lalu terbukti sokongan anak muda terhadap BN adalah semakin meningkat dan terbukti BN Adalah Pilihan Orang Muda masa kini...

Tuesday, March 27, 2012

PROGRAM PELANCARAN CAWANGAN (PENAJA).....

Menyedari hanya parti UMNO yang dilihat dapat membela,membantu membawa perubahan dalam kehidupan maka penduduk di kawasan perumahan Generasi Felda..Desa Keratong Indah telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan cawangan UMNO di kawasan kejiranan mereka.Perancangan diatur dengan encari keahlian baru serta membuat permohonan untuk menjadikan impian satu kenyataan.Dato'Seri Ketua Bahagian,TYT DSJJ telahpun meluangkan masa ke program tersebut bertemu muka mereka yang impikan pembangunan melalui kerajaan yang bertanggungjawab di majlis jamuan makan malam yang telah diadakan sempena majlis tersebut.PPU Rompin turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penaja yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda dan melahirkan harapan agar cawangan ini nanti akan menjadi cawangan yang terbaik.Selepas ini nanti akan diaturkan pertemuan kearah mempersiap jentera pilihanraya umum PRU13 yang bakal datang tidak lama lagi.TUNGGU....

Wednesday, February 8, 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL..HALATUJU BARU..

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Jelajah Pahang yang baru berlalu telah mendapat respon yang amat baik kalau dipandang dari segi kehadiran.Ini jua menunjukkan UMNO tidak ketandusan dari segi pejuang maya yang akan turun gelanggang bertempur mempertahankan parti dari asakan dakyah,tohmahan dan fitnah pembangkang yang semakin menggila.Namun apa yang paling penting adalah sejauh mana keberkesanan dan tindakikut(foliow-up)yang bakal diambil bagi memastikan gelombang ini akan terus memecah ego pembangkang selama ini.Apa yang perlu ialah gudang maklumat(war room)yang boleh dicapai melalui kata kunci yang tertentu.Rasanya para pejuang maya sudah lama menantikan wujudnya pusat sumber maya yang boleh diaplikasi diperingkat tertinggi yang boleh diguna sebagai peluru menangkis serangan membutatuli pembangkang.Ayuh mari bersama melatih pejuang baru agar menjadi pahlawan dan hulubalang yang akan menggempur musuh di peperangan persepsi alam siber ini.Teruskan...

Sunday, January 29, 2012

JOM THE SIRIES...JUMPA ORANG MUDA...

Orang muda dan sukan khususnya bola memang sukar dipisahkan.Walaupun ada yang akan mengatakan bukan sekadar sukan namun hakikatnya melalui program seumpama inilah anak muda dapat dikumpul dan didekati seterusnya perancangan program seterusnya dapat disusun berdasar maklumbalas yang diperolehi.Pertandingan futsal bagi Zon Muadzam Shah ini telah berjaya menarik minat 16 pasukan yang didaftar mengikut cawangan masing-masing.Apa yang tersirat inilah dia jentera PPU yang akan digerak bagi menghadapi PRU13 akan datang.Semua borang pendaftaran diserah sendiri oleh KPC kepada urusetia.Kaunter penyemakan status daftar pemilih juga di buka bagi memberi peluang pengundi baru/muda yang telah didaftarkan/mendaftar mengetahui ststus mereka.Bagi yang masih belum berbuat demikian juga boleh membuat pendaftaran dikaunter tersebut.Bagi pihak PPU Rompin,ingin merakam ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat samada urusetia dan pemain sendiri yang telah bermain dengan penuh semangat kesukanan.Tahniah...

Monday, January 23, 2012

PERSIAPAN PRU...SKOR KAD..

Sebagaimana yang telah diarahkan oleh PPU Malaysia,setelah taklimat Operasi Tepat..Skor Kad,maka PPU Rompin telah mengadakan pertemuan dengan semua KPC mengikut DUN.Taklimat bertujuan memberikan kefahaman kepada KPC tentang Operasi Tepat dan pelaksanaannya.Sesi soaljawab juga telah diadakan mengenai pembentukan jentera PRU peringkat DUN dan juga cawangan.YB KP juga telah melahirkan harapan agar KPC dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh ketelusan agar hasil yang diperoleh nanti juga tepat.Semoga selepas nanti tugasan ini akan dapat disiapkan mengikut tempohmasa yang telah ditetapkan.

Tuesday, January 3, 2012

PERJUMPAAN...MEMBINCANG KAEDAH TERBAIK..

Dalam suasana di mana PRU 13 semakin hampir,maka persiapan perlu disusun agar strategi dapat dilaksana dengan berkesan.PPU Rompin telah mengorak langkah dengan mengadakan pertemuan dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu mengikut DUN.Pertemuan ini juga melibatkan Puteri UMNO kerana kerjasama sebegini pastinya akan lebih memudahkan urusan.Taklimat mengenai sistem"score card' telah diberikan sendiri oleh NKP dan ternyata ianya memerlukan tindakan pantas semua pihak.KPC juga telah diberikan senarai pengundi muda di peti undi masing-masing untuk dikenalpasti dan mendapatkan informasi berkaitan.Adalah menjadi harapan PPU agar semua tugasan yang diberikan ini akan dapat disempurnakan sebaik mungkin dan perlu dihantar kepada Urussetia pada tempoh masa yang telah ditentukan.Terima kasih atas komitmen KPC dan tahniah juga kepada Puteri yang memberikan kerjasama yang baik.Teruskan....