PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, January 13, 2009

LAKNATULLAHI 'ALAL YAHUD WA MAN WALLA HUM !!


Al- fatihah.. ('Azzamallahhu ajraha fil Akhirah)

Tidak terucap dengan kata-kata bagi mereka yang melihat foto diatas. Sungguh sayu rasa hati, melihat wajah yang terkorban syahid ini. Iras wajahnya seperti wajah anak perempuan saya berumur 3 tahun. Saya meneliti gambar tesebut dengan penuh linangan air mata. Melihat kesan-kesan darah di atas tanah dan rambutnya, terbayang sekujur jasad yang tertimbus kesemuanya didalam runtuhan tanah, lalu bertanya didalam hati, bilakah pertolongan ALLAH swt akan tiba untuk membalas segala kekejaman yang dibuat oleh bangsa Yahudi Laknatullah ini.

Ramai kanak-kanak yang terkorban dan cedera parah, malah ramai yang menderita kecacatan kekal seumur hidup akibat perang yang berlaku. Begitu hebat dugaan yang Tuhan berikan kepada mereka. Kita pasti akan tertanya-tanya dimana kekuatan umat Islam dalam dunia ini , untuk membantu saudara seagama di Gaza pada ketika ini.

Yahudi bukan sahaja menggunakan segala senjata canggih yang dimiliki utnuk menghapuskan umat Islam di Gaza, malah menggunakan pelbagai kuasa yang ada untuk memastikan perang ini berjaya. Mereka tahu, hanya Pergerakan Hammas sahaja dalam dunia pada ketika ini yang boleh menghalang mereka untuk mencapai cita-cita untuk menakluki Masjidil Aqsa dan meruntuhkannya.

Sayu dihati melihat wajak kanak-kanak perempuan diatas. Marilah kita berusaha untuk membantu rakan-rakannya yang lain dan ramai lagi keluarga yang ditindas disana. Inilah dugaan besar yang dihadapi kita semua. Adakah kita semua akan turut sama-sama berjuang bersama penduduk Gaza dan Palestine menghadapi ancaman Yahudi ini ? Kalau ini berlaku sekarang di Gaza, maka ia pasti akan berlaku lagi pada masa hadapan , malah ia boleh berlaku di negara kita jika Yahudi dan mereka yang bersekongkol dengan mereka tidak kita perangi dan kenalpasti.

Syabas kepada YAB PM dan semua Ahli Parlimen daripada pihak Kerajaan dan Pembangkang terhadap Usul pada Sidang Khas Parlimen hari Isnin baru-baru ini. Negara kita yang pertama dalam dunia yang buat , malah kita tahu tiada negara kuasa-kuasa besar lain yang berani buat perkara yang sama takut diancam ekonomi dan ditekan, namun kita berjaya mengatasi perkara tersebut.

Melihat pada wajah diatas, teringat kisah Pejuang Islam Sallahudin Al-Ayubi dan kisah yang masyhur tentang Saidina Umar Al-Khattab r.a ketika membebaskan Masjidil Aqsa. Bilakah ianya akan berulang kembali ? Sejarah yang telah berlaku memberi pengajaran kepada kita untuk berfikir tentang nasib umat Islam sekarang . Saya yakin sejarah yang berlaku sebagai pengajaran kepada kita supaya wajah-wajah seperti diatas tidak terkorban syahid begitu sahaja. Ianya perlu kepada pembelaan segera.

Perbanyakkanlan Solat Hajat dan membaca Surah Al- Fath dan jangan lupa Qunut Nazilah untuk kita sama-sama mendoakan kemenangan kepada para Pejuang Islam disana dan kemenangan kepada Umat Islam amnya.

Bagi PPU Rompin, pihak saya sedang berusaha untuk mendapatkan 'clearance' daripada rakan-rakan di negara berjiran dengan Palestine dan pihak kerajaan untuk sama-sama menyumbang bakti dan membantu penduduk yang telah dizalimi selain tabung-tabung derma yang telah diedarkan dan dilancarkan. Semoga usaha ini dimakbulkan Tuhan hendaknya , Amin.


Nukilan rasa;

Yb Dato' Hj Mohamad Sahfri Ab Aziz,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin.

Sunday, January 11, 2009

AURA KEMENANGAN BN.


Suasana perang poster yang semakin giat berjalan di kawasan DUN Wakaf Mempelam....




Calon Barisan Nasional Dato' Wan Farid , tersenyum girang sambil melayan para penduduk dan pengundi dalam siri kempennya. Semoga ini akan menjadi kenangan manis bagi penduduk Kuala Trengganu dalam usaha mereka untuk terus menobatkan BN sebagai sebuah Parti yang bakal merubah kesejahteraan Hidup rakyatnya...



Monday, January 5, 2009

BAHANG PILIHANRAYA KECIL!!! P 36 KT


Suasana semakin panas dan hangat. Semakin ramai para pejuang parti mula turun ke Kuala Trengganu. Esok 6 hb Januari 2009 , adalah hari Penamaan Calon. Rumah untuk disewa telah habis, kalau ada pun tentu harganya 'agak lumayan'. Setakat ini yang 'confirm' akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil ialah 2 buah parti iaitu Barisan Nasional dan Parti PAS. Kedua-dua pihak telah menamakan calon masing-masing. Barisan Nasional melalui calon UMNO nya YB Dato' Wan Farid, Ketua UMNO Bahagian Kuala Trengganu . Manakala PAS dengan ADUN Wakaf Mempelam yang sudah 5 penggal menjadi wakil rakyat disitu.


Senario kali ini pasti berubah. Kalau dahulu 3 penjuru, ada parti Bebas masuk bertanding, seorang nenek. Tetapi kali ini dia tidak bertanding. Kemungkinan 3 atau 4 penjuru mungkin berlaku. Apapun Bagi Barisan Nasional, biarlah berapa penjuru sekalipun, kita tetap akan bertanding kerana niat kita , jika kita menang , rakyat akan terus dibela. Ini tradisi kita sejak dahulu lagi, turun temurun dari generasi kepimpinan terdahulu.


Parti PAS nampaknya agak sukar. Mereka cuba untuk menggambarkan bahawa mereka bukanlah Pakatan Rakyat yang sebenar, maklumlah takut , kerana Kuala Trengganu banyak pengundi Melayu, dalam Pakatan Rakyat ada Cina dan mereka dulu gelar sebagai Kaffir Harbi (DAP). Bagi mereka, kalau geng-geng DAP datang berkempen tentu akan mengundang masalah besar kepada mereka. Hendak disuruh Anwar Ibrahim datang berkempen, takut isu Liwat boleh membuatkan orang menyampah dengan Pakatan Rakyat dan kepimpinannya. Ini sudah tentu akan memerosotkan undi kepada pihak PAS. Ditambah lagi dengan calonnya yang sudah 5 penggal bergelar YB, seolah-olah sudah tiada lagi muka baru dikalangan pemudanya yang kononya begitu lantang memperjuangkan parti PAS. Ini pasti akan menghantui PAS dalam pilihanraya kecil ini.


Isu HUDUD nampaknya mula mendapat tempat. Isu ini sudah pasti akan dipergunakan oleh kedua-dua belah pihak didalam pilhanraya ini. Harapnya jangan sampai mencabar Hukum Tuhan itu sudahlah. Kaedah perlaksanaan perlu diperhalusi , jangan tersilap langkah. Pengundi Cina dan bukan Islam pasti sedang menunggu hasil kesimpulan cerita ini.


Para Pejuang parti nampaknya begitu bersemangat untuk menanti hari Penamaan Calon. Sudah tentu riuh rendah dengan suara para penyokong. Jangan sampai bergaduh sudah, kalau ada yang degil kita hantar ke Palestine, biar dia berperang dengan Yahudi, kalau mati, Syahid balasannnya!!


Harapan tinggi diletakkan kepada Calon BN , Dato' Wan Farid, untuk BN muncul cemerlang didalam Pilihanraya kali ini. Bagi kita semua para Pejuang dan Petugas Parti, Ayuh gandakan usaha untuk terus bekerja didalam Pilihanraya Kecil ini.


PPU Rompin perlu menjadikan ini sebagai medan untuk mereka bersama-sama dengan rakan-rakan yang yang lain untuk memenangkan Peti Undi yang ditugaskan. Kita tahu cabaran dan dugaan yang bakal digalas, namun semangat untuk mencapai kemenangan perlu terus dinyalakan dengan aturan strategi yang mapan. Kita pasti berjaya.


Selamat Berjuang...