PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, March 8, 2011

SEDIA GEMPUR...BERGEMA DI JENGKA 23...TAHNIAH..


Skuad SEDIA GEMPUR Pemuda UMNO Bahagian Rompin sekali lagi turun padang ke Jengka 23 menghulur bantuan dalam usaha memastikan kemenangan calon BN..Diketuai sendiri oleh YB KP dan diselia oleh barisan Jawatankuasa dan disertai oleh skuad yang begitu bersemangat dan komited.

Antara tugasan yang diberikan adalah mengawalselia penggunaan set walkie talkie Biro Penerangan UMNO Malaysia yang diletakkan di seluruh bilik gerakan peti undi DUN Kerdau,penghantaran suratkhabar ke setiap lokasi yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen,membantu pemasangan bendera,poster di Jengka 23 dan yang paling penting menghadapi jentera PAS pada hari pengundian.

Walaupun dalam keadaan yang paling bersederhana,tempat tinggal,makan minum namun ternyata skuad ini dapat menjalankan misi dengan penuh berdisiplin dan semangat yang jitu.

Banyak pengajaran dan ilmu pilihanraya yang berjaya diserap untuk digunapakai apabila pulang ke kawasan bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang..Sekalung pujian dan tahniah kerana berjaya membawa imej cemerlang PPU Bahagian Rompin..SEDIAAA GEMPURRRR....