PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, June 25, 2011

ZIARAH PRIHATIN PEMUDA ROMPIN..TERUSKAN..



Sebaik sahaja mendapat informasi mengenai perkara tersebut,PPU Rompin telah menyusun langkah untuk menziarahi seorang pemuda yang telah menghidap penyakit kronik ini.Walaupun waktu pada ketika itu telah menunjukkan pukul 11.30 malam.Penyakit yang dihidapi ini memangnya kritikal dan perlukan rawatan pakar dengan segera.Temujanji dengan doktor pakar segera disusun agar pesakit mendapat rawatan segera.Rombongan PPU telah disambut dengan rasa syukur dan berterimakasih atas keprihatinan PPU yang diketuai oleh YB KP,NK,Bendahari serta AJK yang lain.Semoga lebih banyak program ziarah prihatin seperti ini akan dapat dibuat dan PPU amat mengharapkan informasi segera daripada rakan pemuda dan masyarakat khususnya agar rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya.Teruskan....

Tuesday, June 14, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN PPU 2011.



Alhamdulilah,Mesyuarat Perwakilan Ppu Rompin dan juga Pentas Pemuda telah selamat diadakan pada 11 Jun 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin,selain televideo conference bersama TYT DSJJ secara terus dari USA.Persidangan berjalan lancar dan juga dengan disertai oleh beberapa acara sampingan yang lain sebagai merakyatkan UMNO dikhalayak masyarakat.Antara aktiviti sampingan itu adalah pertandingan Autoshow,Pameran oleh Santai Cycling Team,Sepaktakraw dan juga petanque.Banyak cadangan,luahan dan pandangan bernas telah diutarakan dan ianya akan diambil perhatian serius oleh PPU Rompin.Pentas Pemuda yang merupakan pidato penutup yelah disampaikan oleh Sdr Lokman Noor,EXCO PPUM yang juga merupakan bekas tahanan ISA.Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama jitu dalam memastikan mesyuarat perwakilan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar.Jasamu dikenang...

Sunday, June 5, 2011

KARNIVAL FUTSAL PADANG PPU ROMPIN..

Sebagaimana yang dirancangkan karnival Futsal Padang PPU Rompin telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di Padang Astaka Muadzam Shah.Sebanyak 30 pasukan telah mengambil bahagian.Dengan bayaran RM1O,hadiah yang ditawarkan adalah lumayan iaitu juara bakal menerima RM 1000.Objektif utama karnival ini adalah merapatkan hubungan sesama ahli disamping memberikan peluang kepada ahli bertemu muka secara langsung dengan barisan kepimpinan.Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' KP yang juga turut bermain dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan urusetia.Pemenang bagi karnival ini adalah pasukan Keratong 3 manakala pasukan Keratong 1 mendapat tempat ke 2.Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi sehingga karnival ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Jasamu dikenang.