PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, March 28, 2009

SYABAS & TAHNIAH PEMUDA UMNO MALAYSIA






Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin merakamkan jutaan Tahniah & Syabas kepada semua Exco Pemuda Malaysia yang baru dipilih, semoga pemuda akan terus cemerlang dibawah kepimpinan baru.

Syabas dan Tahniah Juga kepada Sdr Suffyan Awang, Ketua PPU bahagian Kuantan dan Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak, Ketua PPU Bahagian Jerantut kerana telah berjaya menduduki jawatan Exco Pemuda Malaysia. Tidak lupa kepada Dato' Fatah Abdullah, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia kerana berjaya mengekalkan jawatan untuk sesi 2008-2011. Syabas kepada semua.

PPU Bahagian Rompin juga ingin merakamkan jutaan tahniah dan amat berasa bangga diatas kemenangan Sdr Yusmizan Yunus, NKP Bahagian Rompin kerana telah berjaya dipilih sebagai G10 (wakil 10 PPUM ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia), dengan undi kedua terbanyak (303 undi).

Syabas kepada semua. Semoga Pemuda UMNO terus diberkati oleh Allah swt..

Hidup Pemuda UMNO , Hidup Melayu...

Ikhlas dpd:

YB Dato' Hj Mohamad Sahfri bin Ab Aziz,
Ketua PPU Bahagian Rompin.

Wednesday, March 11, 2009

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN PPU CAWANGAN KOTA BAHAGIA

AJK PPU Bahagian Rompin, sdr Saiful menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama pertandingan tersebut yang diadakan pada 6 hb Mac 2009. ( Peserta dpd Kg Meripoh)

Para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan di Sungai Meripoh.

Syabas dan Tahniah kepada PPU Cawangan Kota Bahagia yang telah berjaya menganjurkan program tersebut dengan jayanya.

Wednesday, March 4, 2009

JAHIL MURAKKAB!!




Apa yang berlaku di Perak nampaknya semakin 'panas'. Pihak pembangkang sekali lagi menunjukkan sikap kedurhakaannya kepada institusi Raja dan Sultan . Pembangkang memang hidup atas isu. Tidak pelik mereka memilih isu ini untuk dijadikan suatu cara supaya rakyat dalam negeri Perak khususnya untuk terus mengingati mereka.

Sidang DUN bawah pokok sekali lagi menunjukkan sikap bodoh mereka yang semakin berganda. Tindakan membelakangkan Istana Perak merupakan suatu kebiadapan yang tidak berlaku semenjak negara ini ditubuhkan semenjak kita mencapai kemerdekaan. Kita tidak hairan kerana Speaker DUN Perak seorang berbangsa India. Memang mereka tiada mempunyai sikap sayang dan taat kepada Raja dan Sultan Melayu. Yang lebih pelik ialah sikap Nizar , bekas MB Perak, turut seta dalam kemelut ini. Sekali lagi kita melihat PAS telah dipengaruhi sepenuhnya oleh rancangan jahat DAP dan ini makin menampakkan keangkuhan mereka untuk menyatakan agenda 'Malaysian Malaysia' semakin menampakkan buahnya, sebab tu agaknya bersidang kat bawah pokok!

Meminjam Istilah Arab, Jahil Murakkaab! ( jahil @bodoh berganda) sesuai digunakan disini atas sikap mereka yang melampau tidak berilmu ini. Mereka lupa, kesemua yang bersidang kat bawah pokok tu dulu semasa mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak pada 2008 , bersumpah untuk menjaga dan memelihara Undang-undang Tubuh Negeri Perak malah akan menumpahkan taat setia kepada Sultan Perak. Mungkin mereka lupa untuk mengkaji kenapa dinamakan Dewan 'Undangan ' Negeri? Malah orang Islam dilarang untuk memungkiri janji! Inikah sikap ahli Parti yang dilabel dengan Islam? Sikap bodoh sombong mereka in sudah pasti akan dinilai oleh rakyat jelata, khususnya pengundi di negeri Perak.

Mereka lupa masa selepas Pilihanraya 2008 yang lalu, mereka sepatutnya tidak boleh menubuhkan kerajaan kerana yang majoriti ialah UMNO dan BN yang menang banyak kerusi bertanding diatas 1 lambang iaitu BN. Pembangkang menang kerusi yang dipertandingkan atas 3 lambang yang berbeza. Justeru itu, Sultan Perak memanggil kesemua mereka untuk pengesahan adakah mereka bersatu hati atau tidak, kerana di Malaysia tiada Istilah Kerajaan Campuran seperti di Israel atau negara Barat walaupun unsur itu wujud dalam Pakatan Rakyat. Umno dan BN akur dengan tindakan Istana Perak , malah UMNO tidak menunjukkan sikap untuk menderhaka dan mempertikaikan keputusan Istana Perak pada ketika itu, jauh sekali untuk berbaring diatas jalanraya menyekat kereta Tuanku!

Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa sikap kemunafikan pembangkang dalam isu yang sama , apabila 3 wakil rakyat mereka melompat parti menjadi Bebas dan menyokong BN. Kenapa pihak Istana dijadikan mangsa dalam kes ini. Ianya umpama untuk menyembunyikan sikap JAHIL mereka. Kemudian membuat tindakan-tindakan jahil untuk menipu rakyat jelata, sebab itu mereka semua tu JAHIL MURAKKAB...


Mungkin ada benar pesan orang tua-tua dahulu ..


Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Pergi berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi....