PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Friday, February 4, 2011

SKUAD SUKARELAWAN...MENYALUR BANTUAN TENAGA..


Banjir yang melanda di sekitar bahagian Rompin kali ini agak teruk..Banyak kawasan telah dinaiki air.Skuad sukarelawan bagi Zon Keratong dan Muadzam telahpun diaktifkan.

Bantuan tenaga di kalangan anggota telah bermula dalam urusan memunggah barangan di pangkalan hadapan dan membawa makanan dan bantuan ke pusat pemindahan banjir.

Nyata,imej Pemuda UMNO yang dibawa telah dapat membuatkan masyarakat merasai akan kehadiran Pemuda...

Terimakasih diucapkan kepada semua yang dapat menyumbangkan tenaga dan masa semasa operasi menyelamat dan menghantar bekalan makanan dijalankan.Semangat seumpana ini jika terus dipupuk akan dapat melagirkan generasi prihatin selain menyanggah pandangan negatif sesetengan pihak terhadap kemampuan pemuda selama ini.

Apa yang lebih penting adalah semua kerja kebajikan ini dilaksanakan dengan semangat sukarela dan ikhlas..Mari bersama menjadikan Pergerakan kita ini dapat berada didegup hari dan jiwa rakyat dengan cara kita sendiri..