PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Wednesday, December 22, 2010

JOM..JELAJAH ONE MALAYSIA...KUNJUNGAN KE ROMPIN...


Setelah segala persiapan disusun atur maka konvoi JOM Pemuda BN yang diketuai oleh YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selamat sampai dan bersama-sama ke Felda Selendang untuk acara seterusnya.Konvoi telah disambut oleh lebih 100 pemuda bermotor menuju ke Dewan SMK Selendang..

Program bermula dengan jamuan rakyat yang turut disertai oleh segenap golongan masyarakat Selendang ...

Antara aturcara pada malam itu adalah penyerahan mog cek bantuan baikpulih rumah warga susah,pelancaran Skuad Sukarelawan Pemuda Rompin,Penyerahan Kunci Van Jenazah,kunjungan ke rumah pesakit kronik,Lawatan dan sumbangan ke Pusat PDK serta cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir..

Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Rompin ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus sehingga program JOM ini dapat berjalan dengan jayanya...Terima kasih daun keladi...Teruskan....

Tuesday, December 14, 2010

PERSIAPAN RALLY JOM 1MALAYSIA PEMUDA MALAYSIA...


Mesyuarat AJK PPU Rompin yang telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin telah membincangkan beberapa program yang bakal dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat.Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Ahli PPU daripada Gugusan Selendang dan pemimpin setempat yang bakal menjadi tuanrumah Program Rally JOM 1Malaysia ini.

Perbincangan turut berkisar tentang persiapan dan membentuk jawatankuasa kecil bagi memastikan setiap yang dirancang akan berjalan lancar.

Antara acara yang bakal dijalankan ialah seperti sambutan konvoi bermotor,gotong-royong membaiki rumah rakyat yang susah,Pentas Pemuda dan sebagainya.

Program juga akan turut sama disertai oleh para Puteri UMNO Bahagian yang turut sama hadir dalam mesyuarat pada malam ini.

Segalanya perlu dirancang dengan teliti kerana rombongan pada kali ini turut disertai oleh EXCO Kanan PPU UMNO Malaysia dan rombongannya.Adalah menjadi harapan YB KP PPU Bahagian Rompin agar semua AJK memberikan fokus dan komitmen agar program ini akan menjadi satu program yang berjaya dan cemerlang.

Monday, November 8, 2010

LAGI ZIARAH PEMUDA...PESAKIT KRONIK..

Menyedari bahawa kunjungan dari rumah ke rumah adalah merupakan pendekatan yang paling berkesan maka PPU Bahagian Rompin telah mengambil inisiatif untuk mengunjungi pesakit kronik yang ada di sekitar Keratong.
Hadir sama adalah YB Ketua Pemuda,Naib Ketua,P.Bendahari serta Timb.Peng.Tetap..Kunjungan bertujuan menanyakian khabar di samping menyampaikan sedikit bantuan.
Kebanyakan keluarga pesakit amat terharu dengan kunjungan PPU ini dan berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan dari semasa.Semoga kunjungan ini akan meringankan tekanan dan kesedihan yang ditanggung pesakit dan juga ahli keluarga pesakit..Teruskan......

Thursday, September 16, 2010

BERSAMA RAKAN MEMBUAT PERSIAPAN...

Sebagaimana tahun yang lalu-lalu,apabila menjelang Syawal maka akan diadakan program Me'Mantai'..Bak kata orang N9...Menyembelih kerbau dan dagingnya diagih2kan kepada para sahabat rapat..Semuanya ini pastinya dapat merapatkan hubungan selain persiapan awal menyambut kedatangan lebaran..

Kali ini seekor kerbau telah ditumbangkan dan program ini turut disertai oleh AJK PPUyang berhampiran kerana rakan-rakan yang jauh mungkin sibuk membuat persiapan keluarga masing-masing..

YB.Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,KP PPU Rompin turut sama hadir walaupun dalam kesibukan aturcara yang telah disusun di peringkat negeri..Beliau ternyata gembira dan bersyukur dengan program ringkas yang diadakan pada kali ini.

Sekali lagi,bagi pihak PPU Bahagian Rompin inin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan taulan..Rayakan lebaran kali ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran...

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD,

ASSALAMUALAIKUM WBT..

PERGERAKAN PEMUDA UMNO ROMPIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA SEGALA AMAL IBADAT SEPANJANG RAMADHAN LALU DITERIMA ALLAH SWT. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA TERSAYANG DAN NYAWA ORANG LAIN. SEMOGA AIDILFITRI INI AKAN MENINGKATKAN LAGI RASA SYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEATAS KITA..
SEKIAN TERIMA KASIH..

Sunday, September 5, 2010

BUBUR LAMBUK THE SIRIES...ZON PANTAI...

Tradisinya PPU Rompin membahagikan lokasi Program Bubur Lambuk Ramadhan ini kepada beberapa zon..Kini tibalah giliran zon Pantai...Rompin dan sekitarnya..Lokasinya kali ini di tapak Bazar Ramadhan...

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada para pengunjung manakala 100 bungkus lagi kepada masjid Besar Rompin yang kebetulannya mengadakan majlis Khatam Al Quran..

Turut bersama di program tersebut adalah SUB Umno Bahagian,NK PPU serta barisan AJK yang lainnya..

Kerjasama yang diberikan melambangkan kesepakatan yang telah terbina antara pemimpin dan ahli begitu baik sekali dan diharapkan ianya akan bertambah mantap dan berterusan...
Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan komitmen sehingga program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar..
Zon seterusnya insyaalllah akan berada di Muadzam Shah dan zon Selancar,,Tunggu...............

Friday, September 3, 2010

PROGRAM BUBUR LAMBUK.. SATU TRADISI.....


Program Bubur Lambuk Masyarakat ini adalah menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan PPU Rompin apabila tibanya Ramadhan..Semua tugasan menyedia,memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk ini dilakukan secara gotong-royong oleh ahli pemuda setempat yang berkelapangan..

Pada tahun ini sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada pengunjung bazar Ramadhan di Bandar Tun Razak..Selain itu bubur ini juga telah diagihkan ke Masjid Keratong1,Kota Bahagia dan Surau Bandar Tun Razak.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mengucapkan tahniah atas program kemasyarakatan ini dan berharap akan ada lebih banyak program seumpama ini demi mendekatkan diri kepada masyarakat..
Terimakasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga sehingga program PPU Rompin ini telah dapat dijalankan dengan jayanya...

Tuesday, August 31, 2010

BERSAMA MEMERDEKAKAN ...DIRI,BANGSA DAN NEGARA...

Merdeka.......................merdeka...........merdeka...itulah laungan keramat menandakan negara ini sebuah negara yang merdeka dan berdaulat..Kali ini adalah kali yang ke 53 tahun kita warga Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan..

Apa yang penting adalah bukan sekadar sambutan dan pemasangan bendera sini sana tetapi adalah penghayatan sebenar apa itu erti kemerdekaan yang sebenarnya...Sekarang ini negara kita hebat di tekan dari segenap sudut oleh anasir samada dalaman ataupun luar yang berusaha untuk meruntuhkan kedaulatan negara yang telah kita bina dan pertahankan selama ini...

Sebagai warga yang inginkan negara sentiasa aman,makmur,bersatupadu kita juga mempunyai tanggungjawab menangkis setiap percubaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melihat negara ini kacau bilau..

Kerajaan pula mesti bertindak tegas dan berkesan terhadap pihak yang cuba merosakkan kedaulatan negara dan campurtangan asing yang tentunya menanti untuk mengambil peluang merosakan apa yang telah kita bina selama ini..Bersama berusaha kearah mencapai hasrat 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..

Saturday, August 21, 2010

PEMUDA BERSAMA PEMIMPIN...SALING BEKERJASAMA..


Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini PPU juga tidak terkecuali dalam menyertai dan menghadiri program berbuka puasa..Semuanya adalah untuk mendekatkan diri bersama masyarakat selain bertemu mesra sesama ahli dan menguatkan tali silaturahim..

Bertempat di Wawa Inn,Muadzam Shah,PPU telah hadir untuk berbuka puasa bersama TYT Dato'Seri JJ,Ahli Parlimen Rompin merangkap Ketua UMNO Bahagian Rompin..

Majlis diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam Besar Masjid Muadzam Shah...Penyampaian sumbangan kepada semua masjid dan surau yang terletak di sekitar Muadzam Shah turut diadakan..

Apa yang menarik bagi PPU Bahagian Rompin adalah penyampaian sumbangan kewangan berjumlah RM13.000 kepada Pemuda Belia Gugusan Selendang oleh TYT DSJJ..Dimana sumbangan tersebut akan digunakan untuk naiktaraf gelanggang futsal di Gugusan Selendang..

Semoga para pemuda dan belia akan menghargai pemberian tersebut dan akan berkerja dengan lebih gigih untuk menjadi generasi yang sihat dan berguna di masa akan datang...

Thursday, August 12, 2010

MENDEKATI ANAK MUDA...1PENDEKATAN..


Bersempena dengan Karnival IKTIRAF 2010 yang telah berlangsung di Dewan BTAR baru-baru ini,salah satu acara yang telah dipertanggungjawabkan kepada pemuda adalah mengumpul anak muda bermotosikal bagi mengiringi @berkonvoi bersama VIP..termasuklah YB Dato'Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan juga TYT DSJJ...Ketua UMNO Bahagian Rompin..

Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mengumpul puluhan anak muda untuk bersama kita namun berkat pendekatan dan kaedah mesra akar umbi menyebebkan semuanya dapat dibuat dengan berkesan.

Anak muda bermotosikal ini jika dilatih dan diberi kepercayaan mengurus program dengan bimbingan kita pasti dapat mengurang persepsi negatif yang selalu dilempar kepada mereka..

Selain berkonvoi,kesempatan juga diambil bagi mengajak mereka mendaftar sebagai pengundi baru bagi mereka yang telah layak..di kaunter SPR yang ada disitu.

Pelbagai program telah diatur untuk anak muda ini dan segalanya nanti akan diurus oleh mereka dengan pemantauan PPU dan ini seakan menjadi satu latihan kepada mereka..