PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, August 31, 2010

BERSAMA MEMERDEKAKAN ...DIRI,BANGSA DAN NEGARA...

Merdeka.......................merdeka...........merdeka...itulah laungan keramat menandakan negara ini sebuah negara yang merdeka dan berdaulat..Kali ini adalah kali yang ke 53 tahun kita warga Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan..

Apa yang penting adalah bukan sekadar sambutan dan pemasangan bendera sini sana tetapi adalah penghayatan sebenar apa itu erti kemerdekaan yang sebenarnya...Sekarang ini negara kita hebat di tekan dari segenap sudut oleh anasir samada dalaman ataupun luar yang berusaha untuk meruntuhkan kedaulatan negara yang telah kita bina dan pertahankan selama ini...

Sebagai warga yang inginkan negara sentiasa aman,makmur,bersatupadu kita juga mempunyai tanggungjawab menangkis setiap percubaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melihat negara ini kacau bilau..

Kerajaan pula mesti bertindak tegas dan berkesan terhadap pihak yang cuba merosakkan kedaulatan negara dan campurtangan asing yang tentunya menanti untuk mengambil peluang merosakan apa yang telah kita bina selama ini..Bersama berusaha kearah mencapai hasrat 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..

Saturday, August 21, 2010

PEMUDA BERSAMA PEMIMPIN...SALING BEKERJASAMA..


Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini PPU juga tidak terkecuali dalam menyertai dan menghadiri program berbuka puasa..Semuanya adalah untuk mendekatkan diri bersama masyarakat selain bertemu mesra sesama ahli dan menguatkan tali silaturahim..

Bertempat di Wawa Inn,Muadzam Shah,PPU telah hadir untuk berbuka puasa bersama TYT Dato'Seri JJ,Ahli Parlimen Rompin merangkap Ketua UMNO Bahagian Rompin..

Majlis diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam Besar Masjid Muadzam Shah...Penyampaian sumbangan kepada semua masjid dan surau yang terletak di sekitar Muadzam Shah turut diadakan..

Apa yang menarik bagi PPU Bahagian Rompin adalah penyampaian sumbangan kewangan berjumlah RM13.000 kepada Pemuda Belia Gugusan Selendang oleh TYT DSJJ..Dimana sumbangan tersebut akan digunakan untuk naiktaraf gelanggang futsal di Gugusan Selendang..

Semoga para pemuda dan belia akan menghargai pemberian tersebut dan akan berkerja dengan lebih gigih untuk menjadi generasi yang sihat dan berguna di masa akan datang...

Thursday, August 12, 2010

MENDEKATI ANAK MUDA...1PENDEKATAN..


Bersempena dengan Karnival IKTIRAF 2010 yang telah berlangsung di Dewan BTAR baru-baru ini,salah satu acara yang telah dipertanggungjawabkan kepada pemuda adalah mengumpul anak muda bermotosikal bagi mengiringi @berkonvoi bersama VIP..termasuklah YB Dato'Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan juga TYT DSJJ...Ketua UMNO Bahagian Rompin..

Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mengumpul puluhan anak muda untuk bersama kita namun berkat pendekatan dan kaedah mesra akar umbi menyebebkan semuanya dapat dibuat dengan berkesan.

Anak muda bermotosikal ini jika dilatih dan diberi kepercayaan mengurus program dengan bimbingan kita pasti dapat mengurang persepsi negatif yang selalu dilempar kepada mereka..

Selain berkonvoi,kesempatan juga diambil bagi mengajak mereka mendaftar sebagai pengundi baru bagi mereka yang telah layak..di kaunter SPR yang ada disitu.

Pelbagai program telah diatur untuk anak muda ini dan segalanya nanti akan diurus oleh mereka dengan pemantauan PPU dan ini seakan menjadi satu latihan kepada mereka..

Friday, August 6, 2010

ZIARAH PEMUDA TANDA PRIHATIN..AMBIL BERAT


Setiap kali mendapat informasi mengenai sebarang musibah yang menimpa ahli masyarakat di kawasan maka PPU Rompin juga tidak ketinggalan untuk turun ke lapangan menziarahi mangsa.
Terbaharu PPU Rompin telah menziarahi mangsa kebakaran di Bandar Melati Mukim Keratong yang telah memusnahkan sama sekali 3 buah rumah.
Bantuan awal telah dihantar bagi meringankan bebanan yang di tanggung keluarga mangsa terutama keperluan asas.
Ziarah yang di ketuai oleh YBKP,NK dan Jawatankuasanya telah membuktikan PPU Rompin juga amat prihatin dalam hal-hal kemasyarakatan.
Semoga ianya akan membawa imej dan persepsi yang baik di mata masyarakat dengan selalu mengadakan ziarah prihatin dan biarlah PPU sentiasa berada dekat di hati masyarakat.
Ayuh...teruskan usaha murni ini...