PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Monday, June 28, 2010

MENDENGAR SUARAHATI PEMUDA..CARA SANTAI..


Dalam kesibukan mengurus,memastikan persiapan Persidangan Perwakilan Pemuda baru-baru ini,satu pertemuan telah diatur untuk ahli Pemuda UMNO Rompin,Barisan Kepimpinan bersama Ketua UMNO Bahagian Rompin,TYT DSJJ..

Pertemuan telah diadakan di Pusat Rakan Muda(Air) Pantai Bernas..Pertemuan kali ini telah disertai oleh kira2 200 ahli pemuda yang datangnya dari 3 DUN di Parlimen Rompin.

Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk bertemu dengan pemimpin secara terus dan menyuarakan pendapat dan pandangan serta nasihat tentang bagaimana menggerak pemuda dalam menghadapi suasana politik masakini di samping mendengar amanat daripada pemimpin.

Taklimat mengenai Kompleks yang bernilai 20 juta ini juga telah disampaikan oleh Pengurus Operasi Pusat Rakan Muda ini.Pelbagai kemudahan ada disediakan antaranya termasuklah latihan scuba,jet ski,power bot dan sebagainya yang bakal diperoleh dan dimanfaat oleh golongan muda belia khususnya di Rompin ini.

Pada malam itu juga telah diadakan sesi menyediakan bahan,sepanduk dan poster sebagai persiapan demo aman menentang kekejaman rejim Israel yang diadakan pada keesokan harinya.

Terimakasih kepada semua pihak yang begitu proaktif dan bersemangat mengadakan program seumpama ini di mana dialog secara santai telah dapat diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik...Tahniah sekali lagi..

Tuesday, June 22, 2010

BUKAN HANYA BERSIDANG....MERAKYATKAN UMNO...


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah berjaya menjalankan mesyuarat perwakilan 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak Rompin..Pada kali ini persidangan telah dirasmikan oleh Dato Seri Reezal Merican,Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia manakala Pergerakan Pemuda Bahagian Kuantan bertindak sebagai Wakil Perhubungan Negeri.

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar di mana banyak perwakilan menunjukkan kematangan dalam menyampaikan hujah dan pandangan.

Apa yang menarik adalah kesinambungan dalam merakyatkan parti dengan pelbagai acara yang mendapat sambutan yang amat baik di kalangan masyarakat.Antaranya adalah pertandingan akhir futsal piala Ketua Pemuda,Autoshow,cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan kepada persatuan2 belia.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyumbang tenaga sehingga persidangan kali ini dapat dijalankan dengan jayanya.Begitu juga dengan barisan para pemimpin yang turut sama mengambil perhatian yang serius terhadap Pemuda UMNO Bahagian Rompin ini....

Monday, June 21, 2010

GRAND FINAL FUTSAL ....SEMANGAT KESUKANAN...


Pada Jumaat 18 Julai..sebagaimana yang dijanjikan telah berlangsung perlawan antara juara futsal PPU Rompin bertempat di gelanggang rakyat Leban Chondong...Sebanyak 10 pasukan yang mewakili pasukan terbaik setiap zon dan Dun telah mengambil bahagian...

Sepak mula telah dilakukan oleh YB.Kapten(B) Johari Husin,ADUN Tioman yang juga merupakan Pengerusi Biro Putera PPU Rompin...Turut sama menyaksikan perlawanan ini adalah YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian,NK PPU,Saudara Yusmizan serta AJK PPU yang lain...

YB KP,Dato'Mohamad Sahfri yang turut hadir juga sempat menyaksikan perlawanan sehingga ke perlawanan akhir...Beliau melahirkan rasa bangga kerana jumlah penyertaan dari peringkat awal adalah lebih kurang 120 pasukan yang kebanyakannya adalah pengundi dah ahli muda dan kalau dihitung pertandingan ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 1200 pemain secara keseluruhannya..

Tahniah kepada AJK yang terlibat dalam penganjuran temasya ini dan berjaya menyelesaikan masalah teknikal yang timbul secara berhemah dan penuh semangat kesukanan...