PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Saturday, May 29, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PPU ROMPIN....MUADZAM SHAH...BUKIT IBAM..

Setelah berbincangan diatur...maka Kejohanan Futsal Piala YB KP PPU Rompin telah berlangsung dengan jayanya..Kejohanan telah diadakan di gelanggang serbaguna Bandar Tun Razak yang telah siap pembinaannya....satu lagi projek kerajaan BN untuk rakyat....

Sebanyak 30 pasukan daripada DUN Muadzam Shah dan Bukit Ibam telah menyahut cabaran menyertai temasya kali ini...

YB KP PPU Rompin dalam ucapannya mengucapkan terimakasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan urusetia yang begitu menunjukkan komitmen yang tinggi dan berharap kejohanan kali ini akan dapat berjalan dengan lancar.Beliau juga sempat bermain untuk pasukan PPU Rompin dan mendapat tepukan gemuruh...

Tahniah kepada para pasukan yang yang begitu setia menanti sehingga tamat permainan dan apa yang menarik perlawanan bagaikan marathon kerana perlawanan berlanjutan hingga pukul 4.00pagi...Pasukan terpilih akan bertarung pula di grand final bertemu pemenang-pemenang di gelanggang=gelanggang lain yang ada di parlimen Rompin...

Akhirkata sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan futsal kali ini...