PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Sunday, December 13, 2009

AL- FATIHAH , SEMOGA TERUS DIBERKATI ILAHI...


Allahyarham Arman b Md Rusoff (imam solat), Atase Pendidikan Di Kedutaan Malaysia di Jordan telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat 12 hb Disember 2009 yg lalu di Sebuah Hospital di Amman Jordan. Beliau merupakan bekas pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia pad tahun 1993 dan sempat bersama saya dan rakan-rakan lain daripada pelbagai tajaan pada waktu tersebut. Seorang yang berakhlak tinggi dan mulia. Perlantikan beliau sebagai Atase Pendidikan di Kedutaan Malaysia di Jordan umpama, sirih pulang ke gagang.
Berita pemergiannya sangat mengejutkan rakan-rakan di seluruh dunia terutama negara kita Malaysia. Jenazah Allahyarham dijangka sampai ke Tanahair pada hari Isnin 14 hb Disember 2009 dan akan dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan. Saya mewakili rakan-rakan di PPU Bahagian Rompin menyampaikan ucapan Takziah kepada isteri beliau , ustazah Suriani dan keluarga, mendokan semoga roh Allahyarham terus dilimpahi rahmat daripada Ilahi..Aminn Al--Fatihah....

1 comment:

Anonymous said...

Alfatihah buat allahyarham.post pergerakan pemuda umno rompin , sekarang ni lebih kepada trend kematian, syabas diucapkan, kerana dengan kita menyiarkan dan meningati mati, maka kita akan berasa takut dan tidak akan buat apa yang salah disisi agama kita. semoga jawatankuasa pemuda rompin tidak mengamalkan rasuah politik, politik wang. dan janganlah kita menyokong ketua adalah kerana untuk kepentingan periuk nasi kita sahaja, ingatlah, kita sebagai pemimpin kerdil di dunia akan ditanya oleh malaikat tentang apa yang telah kita lakukan kepada penyokong dan pengampu kita.