PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Monday, January 4, 2010

DEMONTRASI AMAN BANTAH ISU PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'





Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin memandang serius terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu penggunaan kalimah Allah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. PPU Rompin menegaskan seluruh muslim perlu mengetahui dan mengambil berat isu ini serta menunjukkan penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka,.

Sebagai menandakan bantahan terhadap isu ini Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin telah mengadakan satu demontrasi aman pada 3hb Januari 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Selancar 4 & 5 yang mana demontrasi ini telah disertai oleh lebih kurang 400 orang di kalangan ahli umno, belia dan pemimpin setempat.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin YB Dato’ Mohamad Sahfri Bin Ab. Aziz menyatakan di negeri Pahang telah wujud satu undang-undang yang telah berkuatkuasa dan telah mendapat perkenan KDYMM Sultan Pahang pd 15hb April 1989 yang diberi nama “Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989’. Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 13hb Mac . Dalam naskah bahasa Inggerisnya ia disebut sebagai CONTROL AND RESTRICTION OF THE PROPAGATION OF NON-ISLAMIC RELIGIONS ENACTMENT 1989.

Enakmen ini adalah berkuatkuasa bagi Negeri Pahang dan adalah digubal bertujuan untuk mengawal dan menyekat perkembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan islam di kalangan orang-orang yang menganut agama islam. Ini adalah selaras dengan “Bahawasanya Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama islam”.

Menurut Dato’ Mohamad Sahfri juga antara lainnya enakmen ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pihak yang bukan berugama islam untuk menyebar, menerbit, menghantar risalah terbitan dan lain-lain kepada orang Islam. Perbuatan itu akan menjadi kesalahan jenayah dan boleh dihukum dengan denda dan atau penjara. Sebagaimana dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 menyatakan perkataan-perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan islam : antaranya ALLAH, FIRMAN ALLAH, KA’ABAH, ULAMA, HADITH, RASUL, IBADAT, SOLAT dan beberapa perkataan lain. Begitu juga di Bahagian 2, berkaitan melarang perbahasaan-perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang-orang bukan islam seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, INSYALLAH dan sebagainya.

YB Dato’ Sahfri menyatakan Pemuda Umno Bahagian Rompin amat memandang serius akan isu ini dan mendesak agar pihak berkuasa dapat memantau gejala ini dan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang telah termaktub.

2 comments:

bRAVEhEART said...

Salam dari abang BH,
Dah lama tk lawat blog ni tetapi sentiasa memantau dari jauh. Teruskan menulis dan menyatakan yang benar. Apakah perjuangan itu ada akhirnya?

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog 10 SI BUDAK HITAM diwujudkan atas dasar sayangkan KERAJAAN BARISAN NASIONAL amnya dan KERAJAAN UMNO khususnya, terutamanya di NEGERI TERCINTA INI, PERAK DARUL RIDZUAN. Kami juga dalam usaha untuk menggabungkan kesemua bloggers di Perak ini selari dengan saranan Menteri Besar Perak untuk melihat semua Bloggers bersatu dalam menyebarkan maklumat dan fakta yang sebenarnya.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan memayungi serangan Pakatan Rakyat,10 SI BUDAK HITAM yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers UMNO di Malaysia ini agar dapat sama-sama kita bersepakat dalam memberikan informasi berkaitan politik Perak ini.

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan blog kami,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Menjadi FOLLOWERS di Blog 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.