Dalam kesibukan sana-sini memperkatakan masih ramai pengundi muda melayu yang belum didaftarkan atau mendaftar debagai pengundi baru..maka pendekatan turun pada dalam apa juga program dikawasan untuk mendaftar pengundi baru adalah sesuatu yang paling efektif...
Tanpa perlu program besar dan hanya omongan menyalahkan sana,situ dan sini,ternyata pendekatan biar kecil tapi berbaloi telah dipraktikan oleh PPU Rompin...
Penyebaran maklumat tentang sesi kaunter Daftar SPR kepada ketua2 masyarakat dan pemimpin belia ternyata memberikan impak yang baik.Ramai yang datang untuk mendaftar.Ada juga yang telah mewakilkan kepada penjaga mereka kerana ramai di antara bakal pengundi muda ini bekerja di luar kawasan...
Program JOM-Jumpa Orang Muda yang diadakan di Felda Keratong 7 ini telah berjaya mendaftar kira-kira 150 pengundi baru..Bilangan ini mungkin bertambah dari semasa ke semasa..
Tahniah kepada Urusetia PPU Rompin dan semua yang telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sempena program JOM ini...
No comments:
Post a Comment