PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Thursday, September 16, 2010

BERSAMA RAKAN MEMBUAT PERSIAPAN...

Sebagaimana tahun yang lalu-lalu,apabila menjelang Syawal maka akan diadakan program Me'Mantai'..Bak kata orang N9...Menyembelih kerbau dan dagingnya diagih2kan kepada para sahabat rapat..Semuanya ini pastinya dapat merapatkan hubungan selain persiapan awal menyambut kedatangan lebaran..

Kali ini seekor kerbau telah ditumbangkan dan program ini turut disertai oleh AJK PPUyang berhampiran kerana rakan-rakan yang jauh mungkin sibuk membuat persiapan keluarga masing-masing..

YB.Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,KP PPU Rompin turut sama hadir walaupun dalam kesibukan aturcara yang telah disusun di peringkat negeri..Beliau ternyata gembira dan bersyukur dengan program ringkas yang diadakan pada kali ini.

Sekali lagi,bagi pihak PPU Bahagian Rompin inin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan taulan..Rayakan lebaran kali ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran...

No comments: