PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Thursday, September 16, 2010

BERSAMA RAKAN MEMBUAT PERSIAPAN...

Sebagaimana tahun yang lalu-lalu,apabila menjelang Syawal maka akan diadakan program Me'Mantai'..Bak kata orang N9...Menyembelih kerbau dan dagingnya diagih2kan kepada para sahabat rapat..Semuanya ini pastinya dapat merapatkan hubungan selain persiapan awal menyambut kedatangan lebaran..

Kali ini seekor kerbau telah ditumbangkan dan program ini turut disertai oleh AJK PPUyang berhampiran kerana rakan-rakan yang jauh mungkin sibuk membuat persiapan keluarga masing-masing..

YB.Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,KP PPU Rompin turut sama hadir walaupun dalam kesibukan aturcara yang telah disusun di peringkat negeri..Beliau ternyata gembira dan bersyukur dengan program ringkas yang diadakan pada kali ini.

Sekali lagi,bagi pihak PPU Bahagian Rompin inin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan taulan..Rayakan lebaran kali ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran...

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD,

ASSALAMUALAIKUM WBT..

PERGERAKAN PEMUDA UMNO ROMPIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA SEGALA AMAL IBADAT SEPANJANG RAMADHAN LALU DITERIMA ALLAH SWT. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA TERSAYANG DAN NYAWA ORANG LAIN. SEMOGA AIDILFITRI INI AKAN MENINGKATKAN LAGI RASA SYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEATAS KITA..
SEKIAN TERIMA KASIH..

Sunday, September 5, 2010

BUBUR LAMBUK THE SIRIES...ZON PANTAI...

Tradisinya PPU Rompin membahagikan lokasi Program Bubur Lambuk Ramadhan ini kepada beberapa zon..Kini tibalah giliran zon Pantai...Rompin dan sekitarnya..Lokasinya kali ini di tapak Bazar Ramadhan...

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada para pengunjung manakala 100 bungkus lagi kepada masjid Besar Rompin yang kebetulannya mengadakan majlis Khatam Al Quran..

Turut bersama di program tersebut adalah SUB Umno Bahagian,NK PPU serta barisan AJK yang lainnya..

Kerjasama yang diberikan melambangkan kesepakatan yang telah terbina antara pemimpin dan ahli begitu baik sekali dan diharapkan ianya akan bertambah mantap dan berterusan...
Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan komitmen sehingga program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar..
Zon seterusnya insyaalllah akan berada di Muadzam Shah dan zon Selancar,,Tunggu...............

Friday, September 3, 2010

PROGRAM BUBUR LAMBUK.. SATU TRADISI.....


Program Bubur Lambuk Masyarakat ini adalah menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan PPU Rompin apabila tibanya Ramadhan..Semua tugasan menyedia,memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk ini dilakukan secara gotong-royong oleh ahli pemuda setempat yang berkelapangan..

Pada tahun ini sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada pengunjung bazar Ramadhan di Bandar Tun Razak..Selain itu bubur ini juga telah diagihkan ke Masjid Keratong1,Kota Bahagia dan Surau Bandar Tun Razak.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mengucapkan tahniah atas program kemasyarakatan ini dan berharap akan ada lebih banyak program seumpama ini demi mendekatkan diri kepada masyarakat..
Terimakasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga sehingga program PPU Rompin ini telah dapat dijalankan dengan jayanya...