PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, June 14, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN PPU 2011.



Alhamdulilah,Mesyuarat Perwakilan Ppu Rompin dan juga Pentas Pemuda telah selamat diadakan pada 11 Jun 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin,selain televideo conference bersama TYT DSJJ secara terus dari USA.Persidangan berjalan lancar dan juga dengan disertai oleh beberapa acara sampingan yang lain sebagai merakyatkan UMNO dikhalayak masyarakat.Antara aktiviti sampingan itu adalah pertandingan Autoshow,Pameran oleh Santai Cycling Team,Sepaktakraw dan juga petanque.Banyak cadangan,luahan dan pandangan bernas telah diutarakan dan ianya akan diambil perhatian serius oleh PPU Rompin.Pentas Pemuda yang merupakan pidato penutup yelah disampaikan oleh Sdr Lokman Noor,EXCO PPUM yang juga merupakan bekas tahanan ISA.Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama jitu dalam memastikan mesyuarat perwakilan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar.Jasamu dikenang...

No comments: