PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Sunday, December 4, 2011

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL..AMANAH TERLAKSANA..

Bagi pihak PPU Bahagian Rompin ingin menzahirkan rasa bangga dan terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan kepada YB Ketua Pemuda Bahagian Rompin mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri sebagai pembahas usul Agama,Pendidikan dan Sosial PAU2011.Tanggungjawab besar ini tentunya mencerminkan keupayaan YB KP untuk mencetus idea,melontar pandangan agar perhatian serius dapat diberikan terhadap apa yang dibahaskan.Ternyata amanah ini telah dapat digalas dengan baik berkat daripada perbincangan yang telah dilakukan.Tahniah kepada YB KP yang telah berjaya membuktikan keupayaan dalam memberikan input yang berkesan.Teruskan.....

3 comments:

Anonymous said...

moga die ni bg perhatian lebey kepada warga felda di dun bukit ibam..... jgn sampai anak mude felda jatuh jan kamu...perhatian amat penting.....

rezqeen hill said...

Sekalung tahniah kpd Pemuda UMNO Bhgn Rompin. Teruskan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Saya sudah link kan blog tuan dgn blog saya. www.riziqin.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT. Tahniah atas kejayaan UMNO yang semakin kukuh di Rompin. Ahli Parlimen Dato' Sri JJ & ADUN2 kawasan Rompin membentuk satu gandingan yang mantap dan sememangnya menjuarai rakyat. Jika satu kajian @ pungutan suara dibuat di Rompin, UMNO buat masa ini berada dalam posisi terbaik. Pembangkang tiada isu untuk diketengahkan untuk berkempen.

Sekarang terdengar desas-desus pada PRU-13 YB Kapten Jo tidak mahu dicalon di kerusi ADUN Tioman. Bagi kami YB Kapten Jo adalah Juara Rakyat Dun Tioman. Terdengar juga khabar angin Hasan Ariffin mahu mengganti tempat YB Kapten Jo. Kami ahli-ahli UMNO sangat tidak bersetuju jika hal ini benar. Hasan Ariffin yang dulu pernah menjadi ADUN Tioman terbukti tidak mampu 'berkhidmat' untuk rakyat. Kepada pemimpin UMNO Rompin, ingatlah kita diajar secukupnya oleh rakyat sendiri pada PRU-12 jika pemimpin2 hanya mementingkan projek & agenda peribadi. Paling penting adalah suara akar-umbi yang akan memberikan undi. Kami mohon agar dikekalkan pemimpin sedia ada yang terbukti mampu memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat pada PRU-13 akan datang.

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!