PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Monday, January 5, 2009

BAHANG PILIHANRAYA KECIL!!! P 36 KT


Suasana semakin panas dan hangat. Semakin ramai para pejuang parti mula turun ke Kuala Trengganu. Esok 6 hb Januari 2009 , adalah hari Penamaan Calon. Rumah untuk disewa telah habis, kalau ada pun tentu harganya 'agak lumayan'. Setakat ini yang 'confirm' akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil ialah 2 buah parti iaitu Barisan Nasional dan Parti PAS. Kedua-dua pihak telah menamakan calon masing-masing. Barisan Nasional melalui calon UMNO nya YB Dato' Wan Farid, Ketua UMNO Bahagian Kuala Trengganu . Manakala PAS dengan ADUN Wakaf Mempelam yang sudah 5 penggal menjadi wakil rakyat disitu.


Senario kali ini pasti berubah. Kalau dahulu 3 penjuru, ada parti Bebas masuk bertanding, seorang nenek. Tetapi kali ini dia tidak bertanding. Kemungkinan 3 atau 4 penjuru mungkin berlaku. Apapun Bagi Barisan Nasional, biarlah berapa penjuru sekalipun, kita tetap akan bertanding kerana niat kita , jika kita menang , rakyat akan terus dibela. Ini tradisi kita sejak dahulu lagi, turun temurun dari generasi kepimpinan terdahulu.


Parti PAS nampaknya agak sukar. Mereka cuba untuk menggambarkan bahawa mereka bukanlah Pakatan Rakyat yang sebenar, maklumlah takut , kerana Kuala Trengganu banyak pengundi Melayu, dalam Pakatan Rakyat ada Cina dan mereka dulu gelar sebagai Kaffir Harbi (DAP). Bagi mereka, kalau geng-geng DAP datang berkempen tentu akan mengundang masalah besar kepada mereka. Hendak disuruh Anwar Ibrahim datang berkempen, takut isu Liwat boleh membuatkan orang menyampah dengan Pakatan Rakyat dan kepimpinannya. Ini sudah tentu akan memerosotkan undi kepada pihak PAS. Ditambah lagi dengan calonnya yang sudah 5 penggal bergelar YB, seolah-olah sudah tiada lagi muka baru dikalangan pemudanya yang kononya begitu lantang memperjuangkan parti PAS. Ini pasti akan menghantui PAS dalam pilihanraya kecil ini.


Isu HUDUD nampaknya mula mendapat tempat. Isu ini sudah pasti akan dipergunakan oleh kedua-dua belah pihak didalam pilhanraya ini. Harapnya jangan sampai mencabar Hukum Tuhan itu sudahlah. Kaedah perlaksanaan perlu diperhalusi , jangan tersilap langkah. Pengundi Cina dan bukan Islam pasti sedang menunggu hasil kesimpulan cerita ini.


Para Pejuang parti nampaknya begitu bersemangat untuk menanti hari Penamaan Calon. Sudah tentu riuh rendah dengan suara para penyokong. Jangan sampai bergaduh sudah, kalau ada yang degil kita hantar ke Palestine, biar dia berperang dengan Yahudi, kalau mati, Syahid balasannnya!!


Harapan tinggi diletakkan kepada Calon BN , Dato' Wan Farid, untuk BN muncul cemerlang didalam Pilihanraya kali ini. Bagi kita semua para Pejuang dan Petugas Parti, Ayuh gandakan usaha untuk terus bekerja didalam Pilihanraya Kecil ini.


PPU Rompin perlu menjadikan ini sebagai medan untuk mereka bersama-sama dengan rakan-rakan yang yang lain untuk memenangkan Peti Undi yang ditugaskan. Kita tahu cabaran dan dugaan yang bakal digalas, namun semangat untuk mencapai kemenangan perlu terus dinyalakan dengan aturan strategi yang mapan. Kita pasti berjaya.


Selamat Berjuang...

1 comment:

sri said...

a'kum,
kt permatang pauh kata BN blh menang besar. meyakinkan. tapi KO juga. di trg, baru2 ni ada ke sana juga aku. bila perhatikan, rasa berat juga BN nak menang. tapi tak tau lah kan. apapun, aku ni tak ada parti tapi tiap kali pilihan raya aku pilih parti yang ada iltizam untuk bina negara islam berundang2 islam demi kelangsungan hidup anak cucu aku.
macm korg semua x apa la... masalah sosial ni kira okay aje kot.
agak2 agak la kan, klu remaja tgk org berzina kena sebat tau direjam secara live dan org berzina yang didenda rm2000 oleh mahkamah syariah, rasa2 korang mana yang lebih memberi kesan yang mendalam?
fikir-fikirkanlah.