PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Tuesday, January 13, 2009

LAKNATULLAHI 'ALAL YAHUD WA MAN WALLA HUM !!


Al- fatihah.. ('Azzamallahhu ajraha fil Akhirah)

Tidak terucap dengan kata-kata bagi mereka yang melihat foto diatas. Sungguh sayu rasa hati, melihat wajah yang terkorban syahid ini. Iras wajahnya seperti wajah anak perempuan saya berumur 3 tahun. Saya meneliti gambar tesebut dengan penuh linangan air mata. Melihat kesan-kesan darah di atas tanah dan rambutnya, terbayang sekujur jasad yang tertimbus kesemuanya didalam runtuhan tanah, lalu bertanya didalam hati, bilakah pertolongan ALLAH swt akan tiba untuk membalas segala kekejaman yang dibuat oleh bangsa Yahudi Laknatullah ini.

Ramai kanak-kanak yang terkorban dan cedera parah, malah ramai yang menderita kecacatan kekal seumur hidup akibat perang yang berlaku. Begitu hebat dugaan yang Tuhan berikan kepada mereka. Kita pasti akan tertanya-tanya dimana kekuatan umat Islam dalam dunia ini , untuk membantu saudara seagama di Gaza pada ketika ini.

Yahudi bukan sahaja menggunakan segala senjata canggih yang dimiliki utnuk menghapuskan umat Islam di Gaza, malah menggunakan pelbagai kuasa yang ada untuk memastikan perang ini berjaya. Mereka tahu, hanya Pergerakan Hammas sahaja dalam dunia pada ketika ini yang boleh menghalang mereka untuk mencapai cita-cita untuk menakluki Masjidil Aqsa dan meruntuhkannya.

Sayu dihati melihat wajak kanak-kanak perempuan diatas. Marilah kita berusaha untuk membantu rakan-rakannya yang lain dan ramai lagi keluarga yang ditindas disana. Inilah dugaan besar yang dihadapi kita semua. Adakah kita semua akan turut sama-sama berjuang bersama penduduk Gaza dan Palestine menghadapi ancaman Yahudi ini ? Kalau ini berlaku sekarang di Gaza, maka ia pasti akan berlaku lagi pada masa hadapan , malah ia boleh berlaku di negara kita jika Yahudi dan mereka yang bersekongkol dengan mereka tidak kita perangi dan kenalpasti.

Syabas kepada YAB PM dan semua Ahli Parlimen daripada pihak Kerajaan dan Pembangkang terhadap Usul pada Sidang Khas Parlimen hari Isnin baru-baru ini. Negara kita yang pertama dalam dunia yang buat , malah kita tahu tiada negara kuasa-kuasa besar lain yang berani buat perkara yang sama takut diancam ekonomi dan ditekan, namun kita berjaya mengatasi perkara tersebut.

Melihat pada wajah diatas, teringat kisah Pejuang Islam Sallahudin Al-Ayubi dan kisah yang masyhur tentang Saidina Umar Al-Khattab r.a ketika membebaskan Masjidil Aqsa. Bilakah ianya akan berulang kembali ? Sejarah yang telah berlaku memberi pengajaran kepada kita untuk berfikir tentang nasib umat Islam sekarang . Saya yakin sejarah yang berlaku sebagai pengajaran kepada kita supaya wajah-wajah seperti diatas tidak terkorban syahid begitu sahaja. Ianya perlu kepada pembelaan segera.

Perbanyakkanlan Solat Hajat dan membaca Surah Al- Fath dan jangan lupa Qunut Nazilah untuk kita sama-sama mendoakan kemenangan kepada para Pejuang Islam disana dan kemenangan kepada Umat Islam amnya.

Bagi PPU Rompin, pihak saya sedang berusaha untuk mendapatkan 'clearance' daripada rakan-rakan di negara berjiran dengan Palestine dan pihak kerajaan untuk sama-sama menyumbang bakti dan membantu penduduk yang telah dizalimi selain tabung-tabung derma yang telah diedarkan dan dilancarkan. Semoga usaha ini dimakbulkan Tuhan hendaknya , Amin.


Nukilan rasa;

Yb Dato' Hj Mohamad Sahfri Ab Aziz,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin.

4 comments:

Anonymous said...

Sdr/i,

Blog sdr/i telah di-link-kan didalam blog hub GERBANG TEMU MAYA @ GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG - tanpa prejudis. Blog GERBANG TEMU MAYA ini telahpun di-link-kan didalam blog bug ternama PENGABUNG SUARA ini akan memberikan blog-blog dalam GTM mendapat lebih pengunjung.

Sila maklumkan jika sdr/i tidak bersetuju blog sdr/i dimuatkan didalam GTM untuk kami keluarkannya. Harap maklum dan terima kasih.

http://gerbangtemumaya.blogspot.com

Anonymous said...

salam, Nampaknya dalam Blog ni cuma KP PPU je yang menulis, anak buah PPU rompin yang lain tak reti2 nak menulis ke, jangan dok dalam PPU tu semata2 nak cari projek je.. bagi le sumbangan sket.. makmurkan Blog ni..jadikan blog ni suara PPU Rompin.. sekarang ni blog dah jadi satu sumber informasi yang berkesan khususnya kepada bebudak muda.. jangan ingat budak2 rompin ni buta IT.. so take for granted sket k.. Dato KP tu, dalam mesyuarat bulanan, ingatkan sket AJK tu.. jangan leka sangat.. pembangkang dah start confident tu.. jangan sampai rekod Rompin sebagai kawasan bersih UMNO tercemar dalam PRU ke 13.. so bertindak awal2..LUV u All, Peace For harmony..

bERANIKAN hATI said...

Sdr,
mana posting terbaru, jangan leka dan jangan rasa selesa. pembangkang sedang berkerja keras dengan blog mereka yang banyak lakukan provokasi. tulis dan menulis dan menulis dan menulis lagi..........
......
.........

Anonymous said...

Anak-anak Yahudi telah didendangkan oleh ibu-ibu mereka bahawa mereka adalah "bangsa terpilih" dan penderaan oleh bangsa-bangsa dunia terhadap bangsa Yahudi sejak mereka dalam buaian lagi. Sedari kecil mereka telah disetting minda agar mereka agar bangsa mereka bangkit semula. Hari ini mereka telah bangkit! Tapi minda anak Melayu bagaimana? Malaysia telah lebih 50 tahun merdeka. Ramai pejuang yang telah berjuang membebaskan negara telah meninggal dunia. Tinggallah generasi ke 2 yang mewarisi peninggalan Gen1 dengan penuh kemakmuran, kesenangan serta berbagai kenikmatan. Minda Gen2 telah dilalaikan dengan "kesenangan & hiburan" sehingga lupa dan tak pernah ambil tau kesengsaraan zaman Gen1. Keadaan sedemikian akan menjadi semakin parah kepada Gen3 jika kita pada hari ini tidak mendendangkan cerita yang sama kepada anak cucu kita. Yahudi di Asia Barat kelihatan amat jauh dengan kita tetapi ia sudah ada dan amat hampir dalam kehidupan kita hari ini. SEDARLAH.