PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Friday, February 6, 2009

DERHAKA RAJA!!

Suasana yang berlaku sekali lagi menunjukkan Pakatan Pembangkang memang tidak matang dalam politik tanahair. Kalau dulu , menjadi pak turut kepada DAP , sekarang jadi pak turut pada PKR pula. Berkawan dengan Anwar Ibrahim telah membuat Nizar menjadi penderhaka Raja. Anwar tak tinggal di Perak, malah bukan negeri dia pun, tapi Nizar telah masuk perangkap yang akan membuat dirinya akan menyesal seumur hidup .

Nizar dapat jadi MB Perak dulupun dengan perkenan Sultan. Dikurniakan gelaran Datuk Seri pun dengan perkenan Sultan, malah diberi kuasa untuk membuat keputusan Kerajaan walaupun mengguris hati Istana pun masih diberi peluang oleh Istana. Tapi bila Sultan bertitah yang kena pada diri dia , mulalah dia nak tunjuk dia hebat daripada Sultan. Inilah manusia yang dipanggil BODOH SOMBONG. Tiada budi bahasa dengan Sultan, patut jaga adab sopan dan kata-kata.

Orang Melayu perlu menghormati Kesultanan Melayu. Inilah benteng terakhir kita untuk mempertahankan hak orang melayu dan Agama Islam. Sekarang Nizar telah tersilap langkah. Dia tidak faham situasi diri dia sendiri. Sepatutnya tunjukkan contoh yang terbaik tentang sikap keterbukaan pemimpin melayu. Jangan ikut perangai Anwar Ibrahim, dia memang suka buat benda yang DERHAKA!!

Daulat Tuanku!! Semoga terus kekal Qarar memerintah Takhta Kerajaan Negeri Perak. Selamat Menyambut Ulangtahun Pemerintahan yang ke 25.

Sejarah Melayu Perak pernah membicarakan tentang mereka yang durhaka raja, buruk akibatnya nanti.Fikirkanlah. Ini yang Anwar Ibrahim hendak lakukan dengan merosakkan negara ini supaya kuasa asing senang untuk memporak-perandakan kita. Inilah sikap pembangkang. Baru dapat kuasa sikit, dah lupa diri. Kalau memerintah negara lagi lah kurang ajar terhadap Raja-raja Melayu . Kita perlu tolak politik pembangkang.

Orang tua-tua dulu ada berpesan dalam pantun :

Hanyut peria bertali rumin,
Penuh berisi gala-gala,
Tuanku sepantun kilatnya cermin,
Disebalik gunung nampak jua....

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun sembah Patik semua harap Di Ampun.

3 comments:

Apache said...

Hapuskan Penderhaka...Allahhuakbar..daulat Tuanku

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan kawasan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog. Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

fudzail said...

Salam
seronok baca mengenai
Ketuanan

salam pada samim dan kasim!

Bekas ahli ameno Rompin
Fudzail
dubai, UAE