UCAPAN DARI USTAZ ZAHARUDIN BIN ZAKARIA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIP YANG MEWAKILI TUAN PENGARAH JAIP
BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIP YANG MEWAKILI TUAN PENGARAH JAIP
Ekoran dari Mesyuarat Agung SAR KAFA Muadzam Shah Daerah Rompin yang dianjurkan oleh Persatuan SAR KAFA Muadzam Shah Daerah Rompin pada 25hb Feb 2010 yang lalu di Wisma JKKR Felda Keratong 4 yang mana majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang memegang folio Pengerusi Badan Dakwah Islamiah, Perpaduan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan merangkap ADUN Kawasan Bukit Ibam juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin. Di dalam mesyuarat tersebut YB Dato Hj Mohamad Sahfri telah merancang di mana di dalam masa terdekat akan diadakan suatu majlis yang mana usul-usul dan sebarang cadangan yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut akan diperdengarkan kepada peringkat tertinggi bagi memertabatkan dan meninggikan lagi taraf guru-guru SAR KAFA di dalam Daerah Rompin khasnya. Alhamdulillah pada hari ini tarikh 8hb Mac 2010 di Rompin Beach Resort telah termakbul di mana satu majlis ramah mesra telah dapat diadakan di antara YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Hj. Jamil Khir Bin Hj Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama barisan ahli jawatankuasa guru-guru SAR KAFA Daerah Rompin. Majlis ini agak singkat kerana YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Hj. Jamil Khir Bin Hj Baharom hadir ke Kuala Rompin sempena majlis lawatan beliau ke Kuala Rompin untuk berjumpa rakyat yang didakan di Dewan Jubli Perak anjuran Pejabat ADUN Tioman namun ianya dapat dimanafaat sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa guru-guru SAR KAFA yang hadir untuk berdialog, memberikan cadangan dan mendapatkan informasi-informasi terkini dari YB Dato' Seri berkaitan hal-hal berkaitan SAR KAFA. Jelas hasil dari majlis ini sedikit sebanyak dapat memberikan kepuasan kepada guru-guru SAR KAFA yang hadir di mana soalan-soalan yang diutarakan dapat terus dijawab dan diperjelaskan oleh YB Dato' Seri. YB Dato' Hj Mohamad Sahfri diwakili oleh YB Dato' Hj Mohd Johari Bin Hj Hussain ADUN Kawasan Tioman di majlis tersebut. Alhamdulillah majlis ini berakhir dengan jayanya.
1 comment:
Bagaimana pula dengan SAR KAFA Bukit Ibam,....ting..tong....nampaknye..
Post a Comment