Bersempena dengan Karnival IKTIRAF 2010 yang telah berlangsung di Dewan BTAR baru-baru ini,salah satu acara yang telah dipertanggungjawabkan kepada pemuda adalah mengumpul anak muda bermotosikal bagi mengiringi @berkonvoi bersama VIP..termasuklah YB Dato'Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan juga TYT DSJJ...Ketua UMNO Bahagian Rompin..
Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mengumpul puluhan anak muda untuk bersama kita namun berkat pendekatan dan kaedah mesra akar umbi menyebebkan semuanya dapat dibuat dengan berkesan.
Anak muda bermotosikal ini jika dilatih dan diberi kepercayaan mengurus program dengan bimbingan kita pasti dapat mengurang persepsi negatif yang selalu dilempar kepada mereka..
Selain berkonvoi,kesempatan juga diambil bagi mengajak mereka mendaftar sebagai pengundi baru bagi mereka yang telah layak..di kaunter SPR yang ada disitu.
Pelbagai program telah diatur untuk anak muda ini dan segalanya nanti akan diurus oleh mereka dengan pemantauan PPU dan ini seakan menjadi satu latihan kepada mereka..
No comments:
Post a Comment