Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini PPU juga tidak terkecuali dalam menyertai dan menghadiri program berbuka puasa..Semuanya adalah untuk mendekatkan diri bersama masyarakat selain bertemu mesra sesama ahli dan menguatkan tali silaturahim..
Bertempat di Wawa Inn,Muadzam Shah,PPU telah hadir untuk berbuka puasa bersama TYT Dato'Seri JJ,Ahli Parlimen Rompin merangkap Ketua UMNO Bahagian Rompin..
Majlis diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam Besar Masjid Muadzam Shah...Penyampaian sumbangan kepada semua masjid dan surau yang terletak di sekitar Muadzam Shah turut diadakan..
Apa yang menarik bagi PPU Bahagian Rompin adalah penyampaian sumbangan kewangan berjumlah RM13.000 kepada Pemuda Belia Gugusan Selendang oleh TYT DSJJ..Dimana sumbangan tersebut akan digunakan untuk naiktaraf gelanggang futsal di Gugusan Selendang..
Semoga para pemuda dan belia akan menghargai pemberian tersebut dan akan berkerja dengan lebih gigih untuk menjadi generasi yang sihat dan berguna di masa akan datang...
No comments:
Post a Comment