PEMUDA PERKASA...SEDIA GEMPUR...DULU...KINI...DAN SELAMANYA....

Thursday, December 4, 2008

KENAPA MELENTING!!

  1. Nampaknya ramai yang melenting akibat daripada keyataan Dato' Mukhriz tentang sistem satu sekolah. Ramai pemimpin dan tokoh politik daripada dalam komponen BN dan pihak Pembangkang membuat komen yang pedas dan begitu marah nampaknya. Ramai yang menuduh Dato' Mukhriz seakan telah lupa sejarah dan cuba untuk membangkitkan ketegangan sesama kaum dan menidakkan peranan bangsa lain di Malaysia. Malah bagi pemimpin DAP, mereka mahu supaya tindakan mahkamah dikenakan keatas Dato' Mukhriz ekoran kenyataannya yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, kerana perkara ini , asasnya,telah pun dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
  2. Kita hairan kenapa semasa semua pemimpin bukan Bangsa Melayu bercakap pasal hak-hak orang Melayu, Agama Islam dan yang terakhir ini, tentang Ketuanan Melayu , tidak pula timbul isu yang dibangkitkan itu semua menyalahi Perlembagaan Persekutuan? Inilah sikap double-standard yang diamalkan oleh pihak mereka. Kita tahu pihak pembangkang memang tidak puas hati, malah mereka menuduh kita tidak menjaga hati kaum mereka. Adakah selama ini, mereka pernah menjaga hati majoriti penduduk Tanah Melayu, sensitiviti Agama Islam malah hak dan kedaulatan Raja & Sultan Melayu? sebenarnya merekalah yang mula mencabarnya.
  3. Sebenarnya kenyataan oleh Dato' Mukhriz itu merupakan pandangan untuk sama-sama melihat kepada keberkesanannya. Nampaknya mereka yang membangkang telah menjadikannya isu perkauman yang serius. Kita mahu melihat pembangunan Bangsa Malaysia yang akan datang, bukan lagi Bangsa yang bermegah dengan adat nenek moyangnya yang beribu tahun dulu tu, tapi hidup melarat dan bangsat di negara ini. Kita juga tidak berniat untuk mengubah Melayu menjadi Cina, atau Cina menjadi India ataupun sebaliknya. Malah kita mahu menjadikan Malaysia menjadi tempat yang rakyatnya dapat hidup dengan rukun dan damai , walaupun berbeza warna kulit dan berbilang bangsa.
  4. Kita tidak dapat lari daripada menjadi pejuang kepada kaum masing-masing. Soalnya, apakah kesudahan yang menguntungkan kepada bangsa kita? Sepatutnya mereka menjadikan isu ini sebagai medan untuk sama-sama bekerja untuk kejayaan dan kemakmuran negara. Sistem pendidikan perlu dirombak untuk kejayaan negara kita untuk puluhan dan ratusan tahun yang akan datang.
  5. Rombakan sistem perlu kepada jiwa yang terbuka , semangat yang kental . keazaman politik yang berterusan untuk menilai yang terbaik untuk anak bangsa kita. Kita tidak menyokong dasar diskriminasi pendidikan untuk anak-anak kita, baik kepada bangsa Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain. Janganlah Fikir Perkauman mengatasi pemikiran untuk mendatangkan kebaikan kepada anak bangsa kita. Bangsa Melayu boleh menerima kaum lain untuk terus hidup bersama dahulu, malah akan terus dapat menerima mereka untuk tempoh tahun yang akan datang, syaratnya kita perlu bersama-sama menjaga hati sesama kita. Hak-hak asas dalam bangsa kita perlu dipertahankan dan sama-sama mempertahankannya.

4 comments:

Anonymous said...

salam perjuangan.. rakan PPU rOmpin.. Firstly,, TAHNIAH kerana kalian telah mula menjengok era siber yang sekian lama menjadi wadah menyebarkan pelbagai info samaada benar ataupun tidak dengan cepat, pantas dan yang penting TANPA TAPISAN.. so, aku harap blog ni bukan sekadar 'CHIPSMORE'.. tapi kekal.. malah KEKAL sahaja tidak cukup, yang penting Pengisian Bagus.. Rakan-rakan lain dalam PPU tu, boleh lah sentiasa acces blog ni, bagi pandangan & kritikan yang membina.. jangan hanya dimonitor oleh staf je K, to YB Dato' TAHNIAH, anak buah dah makin maju dalam dunia IT.. So, See u Next Time..

E'bump said...

Salam ....di sampaikan oleh..Ketua Cawangan Bukit Ibam.....2008...

yelah.... pembangkang pandai complain..je..yang negatif..lak tu.. yang positif kerajaan dah lakukan ...x lak nak cerita..
harap comin..soon ade lak blog untuk umno cawangan Bukit Ibam di Wujudkan.....
terimakasih....

Anonymous said...

jangan lihat kenyataan mukhriz secara negative. Ada kebenarannya untuk kebaikan masa depan negara kita... janganlah kerana sokong khairi apa jua pandangan orang yang bersaing dengan khairy semuanya tak baik... Khairy cadang ape? Sebagai prmimpin muda yang kuat asas agamanya, KP Rompin perlu comeout dengan pandangan yang lebih baik. jangan lah cakap ramai yang melenting!!! secara umum. yang melenting tu sape? KP walaupun muda tapi perlu matang.. dengarkata KP ni lebih kuat melenting.. itu tidak islamik YB.....

PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN said...

asm sahabat diatas,

saya rasa sdr salah faham artikel yg disiarkan, yg di katakan ialah ttg bukan melayu & pembangkang, tak da kaitan dgn sapa-sapa. walau sapa pun buat kenyataan yg betul, kita sokong , ...tq..